PKP : Permohonan rentas negeri boleh dibuat dengan mencetak borang online, ini caranya

A
A
A

SEPERTI yang diketahui umum, kerajaan sekali lagi mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, kalian dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Mereka yang ingin memohon perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.

PKP : Permohonan rentas negeri boleh dibuat dengan mencetak borang online, ini caranya

Caranya juga cukup mudah!

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

  1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/.../borang-permit-pergerakan...
  2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/.../borang-permit-pergerakan-pkpb...

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

  1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit PKPB mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM.
  2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) Salinan.
  3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Permohonan manual ini boleh dibuat bermula hari ini namun orang ramai selepas itu perlu membuat janji temu dengan balai berdekatan bagi urusan penghantaran borang bagi mengelakkan kesesakan.

ANEKDOT

Negeri yang terlibat PKP

  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
  • Melaka
  • Johor
  • Sabah

Negeri yang terlibat PKPB

  • Pahang
  • Perak Negeri Sembilan
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan

Negeri yang terlibat PKPP

  • Perlis
  • Sarawak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca