SETIAP hari, pasti semua orang akan tertanya-tanya adakah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan diteruskan atau sebaliknya.

Betul tak?

Merujuk kepada soalan poll Majlis Keselamatan Negara (MKN) di aplikasi Telegram mengenainya, seramai 181,984 orang telah mengundi dan mencatatkan angka 88 peratus menyatakan wajar supaya tempoh PKP dilanjutkan selepas 14 April ini.

Namun, tidak perlu bimbang kerana sama ada dilanjutkan mahupun tidak pastinya ia akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif bagi memudahkan orang ramai sepanjang PKP ini telah dilaksanakan.

Antaranya melalui Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program tersebut mementingkan kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang telah diberikan.

Justeru, bagi memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit ini tidak terganggu,pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik digalakkan menggunakan perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services) atau VAS yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti KKM.

Iklan

Antara perkhidmatan VAS yang disediakan adalah:

1. Ubat Melalui POS (UMP)
2. Farmasi Pandu Lalu
3. Locker4U.
4. Sistem Temujanji Farmasi (Contoh: Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya)

Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan VAS yang disediakan, pesakit diminta untuk menghubungi Jabatan Farmasi di fasiliti KKM di mana mereka menerima rawatan.

Iklan

Oleh itu, pesakit disaran memanfaatkan inisiatif ini bagi memudahkan urusan sepanjang tempoh PKP akibat wabak Covid-19.

Sumber: Facebook Duta Kenali Ubat Anda