SEPERTI yang dijangka! Sebaik pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula esok telah menimbulkan suasana panik seketika walaupun beberapa nasihat diberikan sebelum ini.

Antara larangan dalam tempoh PKPB adalah pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan.

Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Mungkin disebabkan itu juga hari ini media sosial tular dengan foto orang ramai telah membanjiri pasar raya dan kedai runcit sekitar Lembah Klang sejak semalam.

PKPB : Orang ramai mula kembali ‘perangai’ pembelian panik, masih ramai yang tak faham!

Situasi tersebut sebenarnya tidak perlu berlaku. Warganet juga bingung mengapa orang ramai bertindak sedemikian kerana kita juga pernah melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini yang mana mana kedai masih dibuka untuk menjual barangan runcit dan keperluan lain.

Bukan tak boleh keluar langsung. Kita masih dibenarkan keluar untuk membeli keperluan harian cuma dihadkan bilangan ahli keluarga yang dibenarkan untuk keluar. Itu sahaja!

PKPB : Orang ramai mula kembali ‘perangai’ pembelian panik, masih ramai yang tak faham!

Iklan

Paling teruk apabila dilihat ada individu yang keluar bersama anak-anak atau ibu bapa yang uzur, ini sesuatu yang sepatutnya dielakkan.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, penduduk di kawasan terbabit tidak perlu membuat pembelian panik kerana tiada keperluan untuk mereka menyimpan barangan berlebihan kerana keadaan terkawal dan bekalan mencukupi.

“Pembelian panik hanya akan menyebabkan bekalan barangan habis lebih cepat di sesuatu premis daripada sepatutnya sementara menunggu pengisian semula barangan yang berkaitan di premis.

Iklan

PKPB : Orang ramai mula kembali ‘perangai’ pembelian panik, masih ramai yang tak faham!

“Pembelian panik akan mengundang pelbagai masalah sampingan kepada pengguna dari segi perbelanjaan isi rumah dan pembaziran disebabkan tarikh luput sesuatu barangan yang dibeli tanpa penelitian.

“Saya meminta semua pihak supaya kekal bertenang dan bersikap rasional. Peniaga juga diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan,” katanya dalam satu kenyataan.