PKPP : Perkahwinan normal baharu, 5 SOP yang perlu dipatuhi

PKPP : Perkahwinan normal baharu, 5 SOP yang perlu dipatuhi
PKPP : Perkahwinan normal baharu, 5 SOP yang perlu dipatuhi
A
A
A

AKIBAT pandemik Covid-19,  semua rumah ibadat agama tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk aktiviti perkahwinan dan upacara kematian.

Kini, bakal pengantin bukan Islam boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan mereka untuk berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti apa yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dalam satu kenyataan media.

Namun masih tertakluk kepada standard operation procedurs (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara SOP tersebut adalah seperti berikut :

1. Mereka yang hadir pada upacara perkahwinan di rumah ibadat tidak boleh bersalaman.

2. Perlu memakai penutup hidung dan mulut.

3. Amalkan penjarakan sosial.

4. Mengambil suhu badan.

5. Tetamu yang hadir tidak boleh melebihi 20 orang, termasuk Penolong Pendaftar Perkahwinan (tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau Persatuan Agama Bukan Islam dan penjarakan sosial).

Selain itu, acara keramaian seperti majlis perkahwinan di dewan-dewan orang ramai dan hotel masih tidak dibenarkan sepanjang PKPP kerana melibatkan ramai tetamu.

Menyentuh mengenai industri perkahwinan, bagi penggiat industri, punca rezeki mereka hilang sejak bermulanya PKP pada 18 Mac lalu, apabila ramai dalam kalangan mereka terpaksa menggulung tikar ataupun menghentikan perkhidmatan mereka.

Pun begitu, masih ada sinar harapan lagi buat mereka yang berhasrat mengadakan majlis keramaian, apabila pengusaha dan perunding majlis perkahwinan disaran menyediakan cadangan SOP untuk dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ismail Sabri ketika menyarankan perkara itu pada 13 Jun lepas berkata bermula dengan nikah dalam talian dan kemudian secara bersemuka dengan had maksimum 20 tetamu, beliau percaya ia akan diberikan kelonggaran secara berperingkat jika SOP itu diluluskan.

Oleh yang demikian, hari bersejarah pasangan yang sabar menunggu selama lebih tiga bulan kini akhirnya menjadi kenyataan, asalkan SOP dipatuhi.

Jadi, okeylah kan? Satu demi satu kelonggaran telah diberikan, korang cuma perlu patuh pada SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan sahaja.

Lama-kelamaan jika keadaan kembali stabil dan semuanya terkawal, semuanya akan balik seperti sedia kala.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca