PM guna nama sebenar Mahiaddin Md Yassin, berkuat kuasa serta-merta

A
A
A

PENGGUNAAN nama penuh dan nama sebenar Perdana Menteri telah diterima oleh kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

Nama Tan Sri Mahiaddin Md Yassin akan menggantikan penggunaan nama sebelum ini Muhyiddin Yassin bagi semua dokumen formal dan urusan rasmi.

Surat edaran bertarikh 3 Jun 2021 itu mengarahkan semua dokumen rasmi yang memerlukan tanda tangan Perdana Menteri mesti menggunakan ejaan 'Mahiaddin Md Yassin' atau 'Tan Sri Datok Seri Mahiaddin Bin Haji Md Yassin'.

 

Surat pekeliling berkenaan ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Memo itu adalah susulan daripada Jabatan Peguam Negara yang menasihatkan semua dokumen rasmi perlu menggunakan atau tandatangan nama rasmi Perdana Menteri.

Mahiaddin Md Yasin merupakan nama sebenar seperti dinyatakan dalam MyKad, namun beliau lebih dikenali dengan Muhyiddin.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca