Premis guna termometer cap ayam? Laporkan!
JIKA sebelum ini korang masuk ke premis membeli-belah, pastinya staf sekuriti keselamatan atau kakitangan di situ akan menyemak suhu badan kan?
Tiba-tiba suhu yang dicatatkan adalah serendah 34 darjah Celsius, tapi korang rasa sihat dan normal sahaja.
Dalam masa yang sama tidak pula kesejukan dan masih waras dan tidak mabuk serta pitam, maksudnya bacaan suhu itu sebenarnya tidak betul.
Sebenarnya… suhu normal badan kita adalah sekitar 36.1 hingga 37.4 darjah Celsius.
Sekiranya bacaan rendah dan korang rasa tidak ada gejala hipotermia, bacaan itu mungkin tidak betul.
Banyak faktor yang akan menyebabkan bacaan tidak tepat. Salah satu daripadanya adalah kerana termometer ‘cap ayam’ yang digunakan.
Lebih parah, alat tersebut turut tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) atau penggunaan termometer yang salah.
Bagi memastikan ia selamat, rujuk Medical Device Authority (MDA) di laman web www.tinyurl.com/semakMDA.
Prihatin dengan keadaan itu, korang boleh melaporkan kepada KKM jika termometer yang digunakan adalah termometer yang dirasakan sekadar 'memenuhi syarat'.
Penggunaan peralatan perubatan yang tidak berdaftar adalah berisiko kerana tidak tepat dan boleh menyebabkan pencegahan Covid-19 tidak efektif.
Penggunaan alat perubatan yang tidak didaftarkan oleh KKM boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jangan ambil mudah yaa…
Sumber: Public Health Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang