SEMPENA Minggu Lelaki Antarabangsa, Sport Direct mengadakan jualan istimewa buat para jejaka yang inginkan penampilan gaya bersukan lebih menawan.

Hanya pembelian dalam talian melalui Sport Direct sahaja, kempen jualan special tersebut yang berlangsung hingga 21 November itu menawarkan sesuatu menarik.

Berkonsepkan mix dan match, pelbagai seleksi item jenama popular seperti Adidas, Nike, PTP dan Hi Tec pasti membuatkan kaki shopping rambang mata.

sport direct sale

Tidak termasuk promosi yang sedang berlangsung, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran mingguan. Pun begitu, bergantung terma dan syarat ya!

Pada sama sama, Sport Direct juga menawarkan sports bra dan shorts premium pada harga bermula RM49 sahaja.

Baca juga Lepasi bahagian dada, fabrik berkualiti, Puma HIJAB penuhi ciri rekaan wanita Muslimah

Jualan dalam talian itu juga hanya memberikan yang terbaik buat para wanita dengan jenama Nike, Adidas, USA Pro, Asics, Everlast dan Under Armour.

Tidak kurang juga item keluaran Karrimor, Lonsdale dan Puma menanti kaki shopping yang sedang tercari-cari set pakaian yang sesuai untuk aktiviti bersukan.

sport direct sale

Tawaran hanya sah hingga 21 November ini saja ya!

Apa yang menarik, peminat jenama sukan popular itu boleh memilih item yang diinginkan bermula hari ini hingga Ahad sempena Jualan Kilat Hujung Minggu.

Memang berbaloi! Harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding biasa. Jangan lepaskan promosi hebat hanya untuk tiga hari saja.

sport direct sale

Selain Sport Direct, pengendali rangkaian kedai barangan sukan terkenal, Al Ikhsan juga menganjurkan jualan menarik buat peminat Liverpool.

Mana tidaknya, Jualan November LiverpoolFC membuatkan peminat kelab bola tersohor dunia itu tersenyum puas melihat potongan harga hingga 50 peratus.

Iklan

Lebih 100 stail ditawarkan pada separuh harga saja. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan item idaman di outlet berhampiran atau membeli-belah dalam talian.

sport direct sale

Jualan hanya berlangsung hingga 30 November ini ya.

Bukan setakat jersi kelab bola terkenal dunia, peminat pasukan bola tempatan juga boleh cuci mata dengan jualan hangat yang sedang dianjurkan oleh Al Ikhsan.

Antara jersi yang mencuri perhatian seperti JDT, Kedah, Terengganu, Selangor, Penang dan Sarawak.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

sport direct sale

Setiap jersi ditawarkan pada harga RM59 dan ditawarkan tiga kali ansuran mudah oleh pengendali pembiayaan terpilih.

Sebenarnya, terdapat banyak promosi dan pilihan pakaian sukan lain yang boleh diintai jika serasi dengan minat anda.

Sementara stok masih ada, jangan ketinggalan untuk mengisi troli online anda dengan set idaman pada harga lebih berbaloi.