Proton Wira dan Yamaha LC mendahului carta kes kecurian paling banyak 2020

A
A
A

MAJLIS Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) telah menyiarkan data separuh pertama tahun 2020 (Januari-Jun 2020) untuk jenis kenderaan paling banyak membuat tuntutan insurans disebabkan kes kecurian.

Statistik yang dikeluarkan oleh VTREC ini diperoleh berasaskan tuntutan insurans terhadap kes kecurian yang dilaporkan di Malaysia.

Ini bermakna data sebenar boleh jadi berbeza berbanding laporan kecurian diterima oleh polis kerana ada kemungkinan pemilik motosikal tidak membuat tuntutan insurans.

Korang boleh teka tak agaknya model apa yang menduduki senarai 10 teratas dalam kes kecurian yang dilaporkan sepanjang tahun 2020?

Berikut adalah 10 senarai jenis motosikal yang paling paling banyak dicuri mengikut kestuntutan insurans pada 2020:

  1. Yamaha 135LC
  2. Honda C100
  3. Yamaha 125Z
  4. Yamaha Y15ZR
  5. Yamaha Lagenda
  6. Honda Wave
  7. Yamaha Ego
  8. Modenas Kriss
  9. Honda ANF100
  10. Yamaha YZF

Kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia 2020!Ya! Yamaha 135LC berada di tangga teratas menerima tuntutan insurans diikuti Honda C100 di tempat kedua.

Malah motosikal jenama tempatan, Modenas Kriss turut tersenarai dan menduduki tempat kelapan dengan kes kecurian yang dilaporkan sebanyak 33 kes.

Awas pengguna 135LC!

Manakala bagi kenderaan jenis kereta pula, berikut adalah senarai yang dikeluarkan VTREC :

  1. Proton Wira
  2. Proton Iswara
  3. Tpyota Hilux
  4. Perodua Kancil
  5. Perodua Myvi
  6. Proton Saga
  7. Proton Waja
  8. Nissan Vanette
  9. Honda City
  10. Perodua Axia

Kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia 2020!Nampaknya Proton Wira kekal berada di kedudukan pertama sama seperti yang direkodkan tahun 2019.

Jika dilihat melalui senarai yang dikeluarkan, jenama kereta yang paling banyak tersenarai pada separuh pertama 2020 ialah Proton Wira, Proton Iswara dan Toyota Hilux.

Sementara itu, Perodua Axia berada di kedudukan kesembilan dengan jumlah kes sebanyak 32.

Jelas kebanyakan kereta jenama tempatan menjadi buruan pencuri! Adakah ia disebabkan oleh ciri-ciri keselamatan yang rendah atau kecuaian pemilik sendiri?

Apa pun alasan dan tanggapan orang ramai, langkah keselamat yang tinggi sebenarnya perlu diambil bagi mengelakkan kita menjadi mangsa seterusnya.

Jangan disebabkan kelalaian kita menjadi peluang keemasan buat penyamun ‘membuat kerja’!

Rasanya pengguna perlu tingkatkan langkah keselamatan supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Selain pengguna perlu tingkatkan langkah keselamatan, agaknya apa lagi faktor yang menyebabkan kenderaan-kenderaan ini menjadi paling banyak dicuri?

Adakah ia disebabkan ciri-ciri keselamatan yang rendah, kecuaian pemilik atau sebab lain?

Justeru, jagalah baik-baik kenderaan millik anda sebaik-baiknya. Jangan beri peluang kepada penyamun di luar sana mencuri harta benda anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca