[VIDEO]Pusat kuarantin MAEPS sesak, lelaki tampil tunjuk keadaaan sebenar

[VIDEO]Pusat kuarantin MAEPS sesak, lelaki tampil tunjuk keadaaan sebenar
[VIDEO]Pusat kuarantin MAEPS sesak, lelaki tampil tunjuk keadaaan sebenar
A
A
A

BEBERAPA hari lalu tular video di media sosial yang memaparkan suasana di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang sesak dengan pesakit.

Dengan tersebarnya video tersebut, sudah tentu mencetuskan pelbagai andaian orang ramai serta menambahkan kerisauan terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi mampu menampung pesakit Covid-19 yang semakin bertambah.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @AfifieChan tampil menyangkal dakwaan tersebut dan turut menceritakan situasi sebenar di pusat kuarantin itu.

Kongsinya, dia dimasukkan ke pusat kuarantin itu sejak 7 Januari lalu.

Afifie turut membuat 'thread' untuk pengikutnya di Instagram bertanyakan soalan dan dia menjawab semuanya beserta gambar dan video sebagai bukti.

Setakat ini posting tersebut telah mendapat lebih 26 ribu ulang kicau dan hampir 20 ribu tanda suka.

Menurutnya, suasana di situ tidaklah menakutkan seperti yang digambarkan ramai.

"Berikut adalah rentetan soal jawab di Instagram saya mengenai pengalaman kuarantin saya di MAEPS, Serdang mulai 7 Januari 2021.

"Saya harap perkongsian ini boleh menyebarkan aura positif dan menunjukkan keadaan sebenarnya di sini.

"Keadaan di dalam pusat. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa dan bersih. Tengokla sendiri. Yang gantung-gantung kain putih kat tidur tu sebab lampu 'on' 24 jam. Jadi silau.

"Keperluan asas; Tandas. Terdapat 6 tandas di dalam dewan ni. Setiap tandas ada sekitar 4-6 kubikel. Setakat ini tidak pernah beratur atau menunggu untuk masuk.

"Keadaan di dalam salah satu bilik tandas. Bersih dan dijaga dengan baik. Selesa untuk digunakan. Janganla harapkan macam tandas kat hotel," tulisnya.

Katanya juga makanan yang dihidangkan di pusat itu sedap dimakan.

"Makanan dihidangkan tiga kali sehari dan setakat ini rasanya tidaklah sangat teruk. Sedap!

"Bagaimana mereka menghidangkan makanan? Makanan akan dihantar ke setiap katil. Kami saling tolong-menolong. Kerana kita bersama-sama. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan.

"Kenapa Katil kat MAEPS rapat-rapat? Boleh ke berkongsi kemudahan yang sama?

"Semua disahkan positif dan tidak bergejala serta berisiko rendah. Kitorang dalam keadaan tidak berjangkit. Saya tak tahu istilah perubatan tapi lebih kurang macam kitorang tak boleh dijangkiti dan menjangkiti sesama sendiri. Oleh itu, kita boleh berkongsi kemudahan yang sama.

"Haaa. Saya jelaskan berdasarkan apa yang diorang bagitau. Kalau ada doktor atau yang lebih arif nak tambah, silakan. Harap korang faham," jelasnya.

Kata Afifie, pesakit tempatan dan warga asing diletakkan dalam dewan berlainan.

"Duk sekali dengan orang asing ke? Kenapa diorang asingkan orang asing dengan tempatan?

"Ramai, tapi mereka duduk di dewan berasingan. Orang asing dan tempatan diasingkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pemerhatian dan pengumuman.

"Haaa. Ini berdasarkan pemahaman saya yang perlu diasingkan.

"Nurse yang buat 'announcement' ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak sangat. Syima patut dinaikkan pangkat!" katanya.

Baca juga Katil hospital tak cukup, pesakit positif Covid-19 tidak bergejala kuarantin di rumah. Amalkan 5 langkah ini

Afifie turut mengatakan suasana dewan sangat selesa dan sentiasa sejuk.

"Panas ke dalam dewan tu? Sejuk sampai boleh beku. Hahaha. Selesa serious.

"Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni," ujarnya.

Afifie turut muat naik video menunjukkan pintu utama tempat pesakit baharu dimasukkan.

"Bila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here.

"Nak charge phone macam mana? Ada guys... charging station all around this hall. Setakat ini takde kes kecurian lagi and I hope memang takde la. Anyway selalu berhati-hati juga, Alhamdulillah," jelasnya.

Sumber: Twitter Afifie Chan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca