TAHUKAH anda, menurut pakar kardiologi, golongan wanita yang putus haid atau menopaus berisiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari!

Ya!Memetik laporan portal media tempatan, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Lim Kien Chien berkata, ini kerana selepas putus haid, wanita kehilangan perlindungan hormon seks estrogen dan progesteron, yang dibebaskan daripada kelenjar terutamanya ovari, yang turut berfungsi sebagai pelindung kepada pembentukan aterosklerosis atau penyempitan dan pengerasan pembuluh darah akibat plak.

“Ini bermakna wanita mempunyai risiko yang sama tinggi seperti lelaki untuk mengalami serangan jantung, strok atau kematian mengejut selepas putus haid, dan secara amnya putus haid atau menopaus akan berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, manakala kadar purata ialah pada umur 50 tahun,” katanya.

Menurut beliau, pembentukan aterosklerosis yang berlaku pada dinding salur darah arteri jantung koronari merupakan satu proses keradangan di mana kolesterol berlebihan terutamanya kolestrol tidak baik (LDL) termendap pada dinding arteri.

“Tanpa jagaan dan rawatan, proses ini berterusan dan akhirnya menyebabkan tumbesaran plak dan pembentukan sumbatan. Sumbatan plak boleh mengganggu bekalan oksigen kepada organ dalaman jantung,” katanya, menambah proses itu juga boleh berlaku pada organ lain seperti otak, buah pinggang dan otot kaki.

Putus haid berisiko tinggi dapat penyakit jantung koronari termasuk mati mengejut, Dr Lim kongsi langkah pencegahan

Tambahan pula gangguan bekalan oksigen juga mampu mengakibatkan beberapa penyakit seperti:

  • Angin ahmar
  • Serangan jantung
  • Serangan otak
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kematian mengejut

Permulaan proses aterosklerosis ini juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, atau merokok.

Iklan

Sementara itu, Dr Lim berkata, tidak semua individu mempunyai masalah kolestrol memerlukan ubat selain paras alkohol yang boleh diterima oleh setiap individu juga berbeza. Apa yang mereka boleh lakukan adalah:

Iklan
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Kurangkan makanan berlemak
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak
  • Menjaga berat badan juga mampu mengurangkan 20 peratus masalah kolestrol.

Dr Lim menambah, penilaian risiko untuk seseorang mengalami penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang boleh dibuat oleh doktor menerusi kaedah ‘Framingham Risk Score’.

“Di Hospital Pantai Ayer Keroh, doktor bersedia untuk merangkumi risiko jenis bukan tradisional dalam mentafsir risiko kardiovaskular pelanggan. Salah satu gajet yang digunakan ialah ‘Coronary Calcium Score’ yang mana kiraannya melibatkan mesin pengimbas ‘CT 640 Lembaran’ yang mampu menghasilkan imej lebih jelas, cepat serta tepat selain beradiasi rendah.

“Penyakit jantung merupakan antara pembunuh utama rakyat negara ini, maka mulakan tekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan jantung sentiasa sihat, bersenamlah sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dengan anggaran 30 minit sehari untuk lima hari secara konsisten,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Kardiovaskular Hospital Pantai Ayer Keroh di talian 06-2319999 sambungan 2229 atau membuat temu janji di laman https://www.pantai.com.my/ms-my/ayer-keroh/make-appointment.