Quarantine bersama #QuranTime sejam setiap hari

Quarantine bersama #QuranTime sejam setiap hari
Quarantine bersama #QuranTime sejam setiap hari
A
A
A

BAGI memanfaatkan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sinar Plus ingin mengajak anda semua untuk menggerakkan kempen ‘Turn Quarantine to QuranTime’ atau tukar masa kuarantin kepada masa bersama al-Quran.

Di sebalik kekosongan yang ada menjelang waktu zohor setiap hari, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sinar Harian bergabung tenaga untuk membawa sesi satu jam bersama al-Quran yang akan disiarkan secara langsung di saluran 114 TV AlHijrah.

Program itu telah bermula hari ini yang disiarkan selama satu jam bermula 12 tengah hari sehingga jam 1 petang dan akan berlanjutan setiap hari sepanjang PKP.

Peluang ‘berkurung di rumah’ boleh dimanfaatkan untuk kita berinteraksi dengan al-Quran.

Caranya mudah sahaja, umat Islam dijemput untuk bersama-sama membaca al-Quran di mana pun berada di hadapan kaca televisyen sepanjang program tersebut berlangsung.

Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap al-Quranlah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.

Jika kita diberi kemampuan untuk membaca al-Quran, ia merupakan nikmat besar dan ini merupakan tanda ALLAH SWT sayangkan kita walaupun ujian Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia.

Al-Quran adalah mukjizat teragung yang dibekalkan kepada kita dan ia merupakan penyembuh, pelindung, peringatan dan panduan kepada manusia dengan syarat kita perlu melepasi halangan dalam diri

Sama-sama kita menjayakan Solidariti Malaysia #Qurantime @Quarantine ini dan semoga kita beroleh kekuatan dalam ujian yang berat ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca