Rahsia Andy tampil muda walaupun bergelar status atuk

A
A
A

LUAR biasa! Itulah ungkapan sesuai diberikan kepada Andy Wilkinson kelahiran Coventry, United Kingdom (UK) yang dikatakan sering didekati oleh golongan wanita seusia anaknya. Malah ada yang 20 tahun lebih muda juga cuba mendekati Andy disebabkan raut wajahnya yang kurang kedutan dan badannya yang sado.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu merupakan seorang jurulatih peribadi nekad mengekalkan bentuk badan dan wajah yang muda dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat serta mengamalkan tidur dalam bilik gelap gelita.

Tidak hairanlah, tiada siapa yang boleh meneka lelaki tersebut sebenarnya telah berusia 56 tahun dan mempunyai tujuh orang cucu sehingga dia sering disangka sebagai teman lelaki anak perempuannya.

Malah, Andy juga sudah biasa didatangi gadis-gadis muda terutamanya apabila dia pergi bercuti di tepi pantai tanpa memakai baju.

Selain menjaga pemakanan dan tabiat tidur, Andy yang mula aktif dalam aktiviti angkat berat pada usia 30-an turut menegaskan kepentingan bersenam dan membebaskan diri daripada stress adalah asbab dia tampil awet muda.

Sejak menjinakkan diri dalam bidang nutrisi dan senaman lima tahun lalu, Andy akan lakukan senaman tiga kali seminggu tidak lebih daripada satu jam selain daripada gemar bermain tenis atau racquetball bersama rakan-rakannya pada waktu lapang.

Andy juga tidak mengambil apa-apa suplemen atau protein tambahan untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Sebaliknya pengambilan air yang cukup menjadi salah satu faktor yang menampilkan dia kekal tampak muda.

Namun perkara paling penting bagi Andy adalah untuk memastikan dirinya sentiasa bebas daripada stres yang merupakan salah satu punca utama penuaan kulit.

Sumber: Metro UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca