Rahsia tempoyak yang ramai tidak tahu!

tempoyak
tempoyak
A
A
A

JIKA sebelum ini kita hanya makan tempoyak untuk membangkitkan lagi selera berbuka puasa tanpa tahu khasiat sebenarnya.

Rupa-rupanya siapa sangka tempoyak ini ada keistimewaanya yang tersendiri yang ramai tak tahu.

Ini rahsia sebenar tempoyak:

1. Tempoyak bukan sahaja sedap tetapi tempoyak ni mengandungi bakteria baik (probiotik) untuk usus anak-anak dan keluarga kita. Dalam usus kita ada bakteria baik dan bakteria jahat jadi kita perlu seimbangkan kandungan bakteria jahat dan baik jika tidak mahu diserang penyakit.

2. Tempoyak ini terhasil daripada proses fermentasi antara garam dan durian. Sebaiknya tempoyak ni dimakan terus sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya.

3. Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada tujuh strain Lactobacillus iaitu L.plantatrum, L.fermentum, L.crispatus, L.reuteri, L.pentosus. Kesemua spesis ini mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi.

4. Aktiviti oksidan yang tinggi ini dikaitkan dengan kemampuan untuk mencegah penyakit kanser.

5. Tempoyak ini juga adalah penaik imuniti badan dan perencat juman jahat di dalam usus.

Sumber: Taufiq Razif

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca