Rakyat Malaysia kongsi situasi terkini di Melbourne hadapi covid 19

Rakyat Malaysia kongsi situasi terkini di Melbourne hadapi covid 19
Rakyat Malaysia kongsi situasi terkini di Melbourne hadapi covid 19
A
A
A

WABAK koronavirus atau dipanggil Covid-19 yang bermula di wilayah Wuhan, China pada akhir tahun lalu telah mengorbankan ribuan orang dan kini merebak ke seluruh dunia.

Meninjau keadaan yang berlaku di luar negara, rakyat Malaysia, Armizi Mustapha yang kini berada di Melbourne, Australia berkongsi dengan Sinar Plus situasi di sana.

Menurut Armizi, rata-rata penduduk Melbourne mula memakai topeng muka (mask) untuk menjalani rutin harian.

Kebanyakan tempat juga turut menyediakan hand sanitizer dan beberapa papan notis langkah pencegahan virus covid 19.

“Buat masa ini aktiviti harian berjalan seperti biasa. Masih belum ada perintah penutupan seperti premis, sekolah, universiti dan lain-lain.

“Kini kerajaan Australia di dalam lockdown. Dihentikan sebarang penerbangan keluar masuk ke Australia,” katanya ketika dihubungi Sinar Plus.

Tambah Armizi lagi, pun begitu penduduk telah mula panik, mula berebut mendapatkan stok makanan untuk dibuat bekalan.

“Bagi aktiviti di tempat kerja pula masih seperti sedia kala. Cuma dikurangkan bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain.

“Seperti kerajaan Australia, pejabat Konsul Malaysia di Melbourne turut menyebarkan info terkini mengenai virus ini dan juga cara pencegahan.

“Rakyat Malaysia di sini digalakkan untuk menghubungi pihak konsul di sini untuk pemantauan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca