Ramai golongan muda kejar gelaran influencer, tapi masih ‘blur’ dan tak faham

Ramai golongan muda kejar gelaran influencer, tapi masih ‘blur’ dan tak faham
Ramai golongan muda kejar gelaran influencer, tapi masih ‘blur’ dan tak faham
A
A
A

SEIRING dengan perkembangan teknologi, perkataan influencer bukanlah satu perkataan yang baharu dalam hidup masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda hari ini.

Jika menjengah ke sosial media, nama-nama seperti seperti Khairulaming, Sugu Pavithra, Aisyah Cupcake dan juga pelakon, Neelofa sentiasa menjadi sebutan ramai malahan ikutan ramai.

Maka ramailah dalam kalangan pengguna laman sosial yang mengejar untuk bergelar seorang influencer sehingga mereka sendiri tidak memahami apakah makna di sebalik panggilan tersebut.

Tetapi dalam mengejar untuk bergelar influencer, siapakah sebenarnya yang mengangkat mereka ini?

Netizen, media atau ada yang sanggup self-proclaim?

Secara asanya, influencer adalah seseorang individu yang mampu memberikan pengaruh dalam kalangan masyarakat.

Kalangan mereka juga ada yang merupakan seorang selebriti, blogger, youtuber, ataupun public figure yang dianggap penting dalam komunitas tertentu.

Memetik laporan media tempatan, menurut Dewi Remaja 2020, Shaza Bae, netizen menjadi faktor utama untuk mengangkat seseorang itu sebagai influencer namun media juga turut memainkan peranan.

"Media sebenarnya memainkan peranan penting, sebab media pada masa kini banyak mengambil kisah-kisah mereka untuk disiarkan di platform mereka sehingga golongan ini dikenali ramai," katanya.

Timbul juga persoalan, adakah menjadi seorang influencer ini memerlukan pengikut yang ramai di laman media sosial?

Umumnya, seorang influencer memiliki jutaan pengikut (follower) di media sosial. Namun, tidak juga semua influencer ramai pengikut yang tak ramai follower juga ada yang digelar influencer jika mempunyai pengaruh besar kepada audience.

Ya, sesuai namanya, pengaruh adalah kekuatan seorang influencer. Mereka ada kalanya menjadi trend setter baik dalam skala kecil maupun besar.

Oleh itu, banyak pemilik produk yang mengejar gelaran influencer untuk tujuan mempromosikan produk supaya ia lebih mudah untuk tembus pasaran dan laris terjual. Itulah yang dipanggil influencer marketing.

Namun, bagi Personaliti TV, Syairul Islam juga menyatakan influencer perlu gunakan medium yang mereka ada sebaik-baiknya terutamanya pada saat Malaysia dan dunia menghadapi pandemik Covid-19.

Golongan ini seharusnya menasihatkan pengikut mereka untuk mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam memerangi Covid-19.

Malah bagi Syairul, influencer juga boleh menggunakan medium yang mereka ada untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadi, apa pula maksud influencer bagi anda?

Sumber rujukan : astroawani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca