Ramai individu tipu butiran diri, kini scan aplikasi MySejahtera diwajibkan -MKN

A
A
A

BENAR kata pepatah, “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” yang membawa maksud hanya disebabkan perbuatan seseorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.

Begitulah yang berlaku dalam kalangan masyarakat apabila terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku catatan yang telah disediakan.

Hal demikian kerana sejak pandemik Covid-19, orang ramai perlu menulis butiran diri sebelum memasuki mana-mana premis secara manual jika gagal menggunakan aplikasi MySejahtera.

Akibat terdapat laporan orang ramai yang mendakwa ramai pihak menulis butiran palsu, kini Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan  penggunaan aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan untuk semua premis di lokasi dengan capaian internet luas bermula hari ini (10 Februari 2021).

Ramai individu tipu butiran diri, kini scan aplikasi MySejahtera diwajibkan -MKNLangkah itu sekali gus untuk memastikan pengguna dapat dihubungi dengan pantas ketika membuat pengesanan kontak.

Sebelum ini, terdapat sejumlah premis yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai mencatatkan nama dan informasi secara manual pada buku.

Malangnya masih terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku secara manual.

Namun begitu, bagi lokasi yang terletak pada kawasan pedalaman dengan capaian internet rendah, pengecualian diberikan dan pengguna boleh mencatatkan nama pada buku secara manual.

Tapi sekali lagi harus diingatkan, jangan sesekali tulis butiran diri palsu kerana perbuatan itu pastinya akan menyushkan ramai pihak!

Jadilah pengguna bijak dan bertanggungjawab. Selamatkan negara kita!

PENGGUNAAN APLIKASI MYSEJAHTERA DI KAWASAN CAPAIAN INTERNET YANG LUAS DIWAJIBKAN BERKUATKUASA 10 FEBRUARI 2021

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Tuesday, 9 February 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca