Ramai jadi chef segera: Cara mudah hilangkan pijar & panas tangan selepas pegang cili

April 29, 2020
Oleh Farah Eliani

RASA pijar tangan selalunya berlaku selepas anda memotong atau menumbuk cili dengan menggunakan tangan.

Tangan anda akan rasa macam panas, pedih ataupun ia lebih dikenali sebagai pijar. Memang rasa tidak senang duduk apabila tangan rasa berpijar.


Ada orang yang mempunyai kulit yang agak sensitif, tersentuh cili pun sudah membuat tangan terasa pijar. Kalau tangan dah rasa pijar jangan pula ada yang nak gosok mata, nanti tak pasal-pasal pula meleleh air mata pedih.

Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

1. Garam/Gula

Iklan

Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam atau gula pada tangan. Biarkan selama lima 5 minit, kemudian bilas dengan air. Selain itu juga garam atau gula boleh juga dimasukkan ke dalam bekas mengandungi air suam. Kemudian rendam kedua-dua belah tangan sehingga rasa panas dan pijar akibat cili padi itu hilang.

2. Beras

Iklan

Satu lagi petua ialah memasukkan tangan yang telah dibersih ke dalam bekas berisi beras. Biarkan tangan tenggelam di dalam beras sehingga rasa panas tangan akibat cili padi tersebut berasa lega. Untuk pengetahuan suhu beras di dalam bekas ini agak panas sehingga habanya meresap ke tangan. Orang zaman dulu kalau nak peram buah agar cepat masak, mereka akan masukan dalam bekas berisi beras.

3. Hampas kelapa

Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.

4. Air asam jawa

Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.

5. Susu pekat manis

Masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam bekas, kemudian lumur pada tangan yang panas atau pijar itu sehingga ianya beransur pulih. Susu yang sejuk dari peti ais lagi elok.

6. Haba panas

Hala tangan ke api dapur yang sedang menyala, biarkan haba panas itu meresap. Kemudian bersihkan tangan tersebut dengan air paip yang mengalir.

7. Sarung tangan

Tip yang terakhir sekali ialah menggunakan sarung tangan semasa mengasingkan tangkai cili. Apa-apa jenis sarung tangan pun boleh sama ada kain, getah atau plastik. Settle!

Senang saja semua petua ini kan? Manalah tahu, bila berlaku nanti boleh dipraktikkan. Kalau terkena pada orang lain, kita boleh tolong sampaikan.

Selamat mencuba.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH, FACEBOOK

Iklan