Ramai yang dapat status HSO, PUS dalam MySejahtera, ini sebenarnya
SEJAK awal pagi ini, sana sini pengguna media sosial mendakwa status mereka di aplikasi MySejahtera bertukar tiba-tiba bertukar menjadi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS).
Hasil pemerhatian di laman sosial, aplikasi yang diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19 itu menjadi trending di Twitter.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Ujar penggunanya;"Bangun pagi ini dapat notifikasi kena buat self-assessment. Pelik jugak tengok-tengok kena #PUS. Tak ada travel luar negara, bukan kontak rapat mana-mana dan tak pergi tempat PKPD."
"Saya memang duduk di rumah sahaja, tiba-tiba dapat notifikasi mengatakan status saya Person Under Surveillance (PUS). For my history, saya tiada keluar ke mana-mana dalam 14 hari."
"My status bertukar PUS when i have not been in contact with any clusters, other people seem to have this too, is this a glitch? This is not a glitch that people can afford to have- the PUS status is a home quarantine which i do not need."
"MySejahtera saya belom bertukar... status still PUS....I have no close contact or symptoms of Covid-19."
"Buat panik ja Mysejahtera ni. Pagi-pagi suruh update apps, sekali jadi PUS."
Justeru, aplikasi MySejahtera tampil memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status HSO dan PUS kepada beberapa individu.
Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula.
Pesan MySejahtera, boleh DM di Twitter mereka MYSJ ID untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Twitter Public Health Malaysia turut berkongsi langkah-langkah yang boleh dibuat individu yang masih status PUS, boleh cuba perkara di bawah:
1) Log Off dan log in balik.
2) Log off > delete MySejahtera > download semula MyS > login.
3) Log off > pergi settings > clear cache MyS > login semula.
Baca juga Hasil ujian ke atas 500 pesakit Covid-19 tahap 2,3, Ivermectin tidak berkesan
Selain itu, ada yang mengatakan status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan 'helpdesk' dalam aplikasi itu.
Good morning everyone - we apologise for the error on our part which allowed random users' to be given HSOs/PUS status. We have fixed the root cause which allowed this to happen. All incorrect HSOs have been deleted, and incorrect PUS status reverted.
— MySejahtera (@my_sejahtera) ?ref_src=twsrc%5Etfw">November 7, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang