SELEPAS melihat situasi yang tidak terkawal akibat wabak Covid-19 yang semakin menular di England, seorang ratu cantik yang dikenali sebagai Dr Bhasha Mukherjee nekad untuk kembali berbakti sebagai pegawai kesihatan di negaranya.

Mukherjee memberitahu turut menerima beberapa mesej daripada rakan-rakannya di hospital menceritakan betapa sukarnya situasi yang mereka hadapi pada ketika ini.

“Saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik Covid-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.

“Saya juga terpaksa melupakan hasrat menamatkan misi kerja amal di luar negara dan pulang ke negara asal untuk kembali memakai stateskop di leher dan merawat pesakit Covid,” katanya.

Ratu cantik kembali memakai stateskop di leher dan merawat pesakit Covid

Menurut laporan agensi berita CNN, Mukherjee sebelum ini dimahkotakan Miss England dua tahun lalu, berehat dari karier utama beliau sebagai doktor junior bagi memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.

Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu berada di India sepanjang Mac lalu bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan di sana.

Ratu cantik kembali memakai stateskop di leher dan merawat pesakit Covid

“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.

Iklan

“Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja kerana tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.

Beliau yang pada asalnya sudah merancang untuk memberi fokus kepada kerja-kerja kemanusiaan sehingga Ogos tahun ini, tanpa keberatan menghubungi pihak pengurusan hospital untuk memberitahu hasratnya kembali bertugas sebagai pegawai perubatan.

Ratu cantik kembali memakai stateskop di leher dan merawat pesakit Covid

Iklan

“Saya telah diundang untuk ke beberapa buah negara seperti Afrika, Turki, India, Pakistan juga negara-negara di Asia untuk menjadi duta kepada kerja-kerja amal,” katanya kepada agensi berita CNN.

Bagi Mukherjee, beliau kagum melihat bagaimana seluruh dunia menghargai petugas barisan hadapan dan berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana mengetahui beliau juga mampu untuk membantu.

“Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.