Rebut peluang! KPM kini buka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam

BUAT julung kalinya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam.

Menurut hantaran KPM di Facebook rasminya, permohonan telah pun dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

Ujarnya, pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temu duga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Menurut KPM, inisiatif itu adalah satu daripada tujuh langkah kementerian berkenaan dalam mengatasi beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina, Sidek pada 17 Februari lalu.

Baca juga Sijil akademik PMR, SPM, STPM, lain-lain peperiksaan hilang atau rosak? Ini cara dapatkan semula

Gambar hiasan (Kredit foto: Sinar Harian)

Dalam pada itu, lima kategori pemohon ditetapkan KPM iaitu;

Kategori 1: Pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Kategori 2: Pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi.

Baca juga Salah laku integriti calon peperiksaan, SPA kesan grup berbayar kongsi, tiru jawapan untuk lulus

Kategori 3: Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara; Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori 5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta).

Iklan

Kategori 4: Anggota Kumpulan Pelaksana/ pekerja kontrak kerajaan.

Kategori 5: Kakitangan bukan kerajaan/ pesara kerajaan/ pesara swasta.

KPM turut memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi JPN masing-masing atau e-mel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my untuk pertanyaan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!