Restoran unik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor harus dicuba lepas tamat PKP

A
A
A

 

NEGARA kita dalam masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang kita dari bebas melakukan aktiviti seharian. Namun, jangan terlalu bersedih dengan keadaan ini. Demi kepentingan kita bersama, lewatilah fasa ini dengan tenang dan penuh kesyukuran.

Dalam pada kita menjalani musin PKP ini, tidak salah jika korang siap sedia membuat senarai tempat yang boleh dilawati selepasini. Sekadar untuki menenangkan minda selepas beberapa minggu berkurung di dalam rumah.

Sekiranya korang ingin menikmati suasana alam semula jadi tetapi tidak mahu melakukan perjalanan terlalu jauh dari bandar, berikut adalah beberapa tempat yang boleh dilawati.

 

Restoran unik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor harus dicuba lepas tamat PKP

1. BBQ Lamb KL Kemensah

Terletak beberapa kilometer dari Zoo Negara Malaysia, restoran ini menyajikan makanan yang enak di sungai sejak tahun 2017. Meja dan kerusi kayu telah diletakkan di dalam sungai itu yang membolehkan pelanggan duduk di sungai dan merasakan air sungai yang mengalir Ketika sedang bersantapan.

Menu retoran barbeku ini terdiri daripada hidangan daging, seperti set sate, nasi ayam smokey, sup lamb shank, itik panggang, T-bone steak, burger, dan makanan laut yang segar. Turut ditawarkan menu vegetarian. Apa yang menarik sajian makan tengah hari disini disertakan dengan minuman percuma!

 

Restoran unik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor harus dicuba lepas tamat PKP

2. Restoran Thai Fish Fish Farm

Diusahakan sejak tahun 2006, restoran ini terletak di kolam yang dikelilingi oleh hutan hijau yang subur. Suasana ini seolah-olah berada di pasar basah terapung di Thailand. Ia adalah restoran yang menyajikan menu organik. Pihak restoran ini menggunakan ayam peliharaan sendiri serta mempunyai kolam ikan untuk mendapatkan bekalan ikan segar. Lebih menarik lagi ladang sayur juga turut diusahakan di mana mereka mengambil hasil segar untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Sesuai dengan namanya, restoran ini menyajikan masakan Thai dan makanan asli, termasuk sup tom yam pedas, kerabu mangga dengan ikan goreng, pulut mangga dan banyak lagi. Hidangan yang disajikan ialah daripada makanan laut di mana korang boleh menangkap terus ikan dari kolam!

 

Restoran unik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor harus dicuba lepas tamat PKP

3. Ikan Bakar Sri Nikat

Restoran ini terletak di Hulu Langat. Ia dibina di atas kolam yang memberikan suasana yang mendamaikan. Kolam tersebut juga berfungsi sebagai lokasi memancing. Lokasi ini sangat indah dengan kehijauan yang subur di sekelilingnya.

Antara sajian yang terdapat di restoran ini ialah makanan laut seperti ikan bakar yang dimasak sempurna dengan bumbu yang harum dan lazat.

 

Baca juga: Enak dan membuka selera, 5 resipi sotong ini mudah disediakan untuk juadah berbuka

 

Restoran unik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor harus dicuba lepas tamat PKP

4. Kafe Blue Zone

Kafe ini ialah sebuah restoran Thailand yang menhidangkan panorama indah tasik. Kafe Blue Zone bakal memberikan pengalaman bersantap unik yang tidak akan korang lupakan. Paling sesuai dikunjungi pada waktu malam untuk suasana yang lebih romantik.

Restoran ini menyajikan makanan Thai asli seperti sup tom yam, ikan kukus lemon ala Thai, ikan goreng kerabu mangga, kerang dan banyak lagi. Ia juga menawarkan udang barbeku, daging dan sotong. Jadi korang mempunyai banyak pilihan makanan yang lazat jika makan di sini.

Apa-apa pun, ketika PKP masih berjalan, bersamalah kita mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Duduk di rumah dan patuhi SOP. #kitajagakita

 

Sumber: Says.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca