Risau buat calitan hidung ketika 'swab test' di rumah? Doktor ini tunjuk cara betul
PADA masa kini, membuat sendiri ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK) Antigen adalah satu kebiasaan.
Lebih-lebih lagi dalam situasi kes jangkitan mendadak susulan gelombang Omicron ketika ini. Namun, persoalannya, adakah ia dilakukan dengan cara yang betul?
Untuk pengetahuan korang, kit ujian pantas terdiri daripada dua jenis iaitu RTK-antigen air liur dan nasal swab atau ujian calitan ujian calitan nasofarinks (nasopharyngeal swab) menerusi hidung.
Baca juga: Beli kit ujian kendiri, vaksinasi Covid-19 boleh dapat pelepasan cukai pendapatan hingga RM1,000
Adakalanya, ramai yang mengelak daripada melakukan ujian calitan hidung susulan proses pengambilan sampel yang menyakitkan.
Namun dengan kaedah dan teknik yang betul ia tidak menyebabkan rasa kurang selesa, Malah komplikasi yang tidak diingini juga dapat dielakkan.
Perkongsian daripada Pakar Bedah Hidung, Mulut dan Tekak dari Australia, Dr Eric Levi ini boleh dijadikan panduan.
Menerusi video di TikTok, Dr Levi menunjukkan cara membuat ujian calitan dengan berkesan dan betul.
Dalam pada itu, Dr Levi menerangkan dua kesilapan yang sering terjadi semasa ujian calitan hidung kendiri seperti berikut:
1-Individu melakukan ujian dengan memasukkan batang pencalit dan menghalakannya ke atas. Kesilapan ini menjadi punca kesakitan dan rasa tidak selesa.
2-Hanya melakukan ujian pada bahagian hadapan hidung yang menyebabkan hanya sampel bulu hidung diambil. Justeru keputusan ujian menjadi tidak tepat.
Baca juga: Jujur lakukan swab sebelum rentas negeri, ini cara tepat guna air liur
Tambahnya lagi, tujuan calitan hidung ialah untuk mendapatkan sampel mukus daripada lapisan respiratori.
“Jadi calitan perlu dilakukan secara mendatar dan target pada bahagian belakang. Buat dengan perlahan dan berhati-hati.
“Biarkan seketika (12 hingga 15 saat) kemudian baharulah menariknya keluar,” katanya.
View this post on Instagram
Selain itu, pastikan korang menunggu 15 minit untuk memastikan keputusan ujian yang dilakukan tepat. Semoga panduan ini bermanfaat kepada kita semua.
Baca juga: Perlukah dos ke-4? Malaysia wajar ikut saranan dari CDC dan WHO - Pakar
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Instagram @drericlevi, TikTok DrEricLevi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang