JIKA melihatkan ruang dalaman rumah kayu kampung ini mata pasti akan terpaku dengan pemilihan bijak kombinasi warna dan hiasan ringkas dalamannya yang melatari kediaman ini.

Ditambah pula dengan susun atur perabot, hiasan dinding, kekemasan dan juga pemilihan karpet pada sesetengah ruang di rumah bertuah ini nyata mampu mencuri tumpuan ramai.

Tidap cukup dengan elemen minimalis yang ditonjolkan, pemiliknya turut menggunakan perkakasan dan perabot moden agar nampak lebih menarik dan sesuai konsep.

Paling menarik, kombinasi warna biru lembut pelangi, putih dan sedikit hitam yang menampakkan kediaman rumah kayu sipemiliknya tampak eksklusif dan mewan.

Sekali pandang memang tak sangka ia sebenarnya sebuah kediaman rumah kayu kampung biasa yang lazimnya dibina sendiri oleh atok nenek moyang kita suatu ketika dulu.

Sinar Plus sekadar berkongsi keindahan hiasan kemasan rumah kampung ini hanya untuk dijadikan inspirasi buat orang ramai.

Siapa kata hanya rumah yang besar dan mewah sahaja dapat dijelmakan menjadi ruang yang cantik dan selesa kepada penghuni?

Iklan

Lihat sahaja perkongsian Sinar Plus kali ini, siapa menduga dekorasi indah kediaman ini adalah merupakan sebuah rumah kayu yang dihias sempurna.

Iklan

Nak sambut hari raya pun bertambah semangat kalau lihat rumah kemas dan cantik sebegini. Betul tak?

Hari Raya Aidilfitri pun bakal disambut tidak lama lagi. Anda masih berbaki 10 hari untuk dekorasi. Masih sempat lagi ni. #PastiAdaSinar