Rumah terasa bahang membara? Ini langkah paling senang buatkan rumah lebih sejuk dan selesa

TAK payah cakap, semua orang tahu sekarang memang cuaca sangat panas.

Keluar rumah tak sampai lima minit, sudah boleh buatkan kita berpeluh-peluh.

Kalau rumah tiada aircond, memang masak.

Pun begitu, tak perlu risau, terdapat kaedah alternatif untuk anda dapatkan suhu sejuk dengan mudah.

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @pnnfam07 berbesar hati apabila beliau kongsikan satu teknik mudah untuk menurunkan suhu panas rumah hanya dengan menggunakan sebesen air di sudut rumah.

“Ramai yang tak tahu cara ni. Anda boleh ambil bekas atau besen dan isikan dengan air,”

“Kemudian letakkan di bilik atau ruang tamu, suasana akan menjadi lebih sejuk dan tak panas,” ujarnya melalui perkongsian yang telah mendapat 176,700 like.

Sejukkan rumah

Tambah wanita itu, cara berkenaan juga sesuai untuk kediaman yang menggunakan pendingin hawa.

TIP LAIN

Sementara itu, portal Public Health Malaysia (PHM) turut memuat naik tip-tip lain untuk menyejukkan rumah secara semula jadi.

Melalui satu entri di Facebook, PHM telah menyenaraikan beberapa kaedah. Antaranya:

1) Halakan kipas ke arah ketulan ais batu.

2) Cuci pakaian pada waktu malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

3) Pada waktu malam, buka dua tingkap di depan dan belakang rumah. Di tingkap belakang, halakan kipas ke luar rumah untuk menyedut udara panas keluar rumah. Angin luar yang sejuk akan masuk ke dalam rumah melalui tingkap hadapan.

sejukkan rumah
SUMBER Enrique Zafra daripada PEXELS.

4) Tutup pintu pada waktu siang yang panas. Sebaiknya gunakan langsir jenis blackout untuk menyekat cahaya matahari terik masuk ke dalam rumah.

5) Jika kipas siling ada fungsi menukar arah pergerakan, tukar arah pusingannya melawan arah jam supaya angin bertiup dari atas ke bawah dan memberi kesan sejuk.

6) Bersihkan kipas dan filter aircond. Kipas yang tebal habuk memang berputar lebih perlahan.

7) Kurangkan perabot dan kemas rumah.

Iklan

8) Gunakan lampu LED dan tutup lampu yang tidak perlu.

9) Tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan. Matikan suis komputer, charger dan alat pemanas air untuk penjimatan dan mengurangkan bahang haba.

Baca juga: Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

Baca juga: Rendam kaki, sapu lidah buaya boleh bantu sejukkan badan! Cuba 4 teknik ini rasa segar musim panas

LAPTOP
SUMBER Yan Krukau daripada PEXELS.

10) Masak simple simple. Kurangkan memanggang dan membakar yang boleh menyebabkan banyak haba dibebaskan.

11) Tetapkan pendingin hawa pada suhu 22 hingga 25 sahaja. Tidak perlu sampai suhu 16. Aircond akan cepat rosak dan bil elektrik boleh melambung tinggi.

Iklan

12) Jirus air di permukaan lantai luar pada lewat petang.

Ada 12 tip yang dikemukakan, admin rasa banyak yang boleh digunakan.

Memang menjimatkan. Apa pun, apa kata kita cuba dulu teknik daripada PHM mahupun daripada pengguna TikTok tadi.

Memang suhu panas sekarang tak boleh bawa bincang dah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.