Rupanya ini sebab lelaki Thailand 'Diintai' wanita Kelantan. Namun kenapa jejaka Pakistan jadi dambaan mereka?

ORANG kata kalau berkahwin dengan pasangan dari luar negara, anak-anak lebih bijak dan cantik. Betul kah? Ada juga yang suka berbuat demikian kerana mengikut trend. Apa pun semua itu berlaku bila jodoh sudah tiba.
Jika kita berusaha macam mana pun tetapi orang itu bukanlah jodoh kita semestinya perkahwinan itu tidak berlaku.

Bercerita tentang jodoh, dengar kata, wanita Kelantan kini menjadi dambaan lelaki warga Pakistan dan Thailand. Mungkin kerana mereka berkulit cerah dan memiliki raut wajah yang menawan kerana ada di antara mereka yang ‘berdarah’ campuran dari negara seberang.
Ini bukan sembarangan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berdasarkan data yang diperoleh daripada jumlah permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang dibuat oleh warga asing dari kedua-dua negara berkenaan.
"Jumlah lelaki Thailand yang membuat permohonan itu meningkat pada tahun 2024 iaitu 78 berbanding 57 pada 2023 selepas berkahwin dengan wanita Kelantan.
"Lelaki Pakistan yang berkahwin dengan wanita Kelantan juga menunjukkan peningkatan iaitu 34 pada tahun 2024 berbanding 27 pada 2023," katanya ketika dihubungi pemberita.
Mengulas lanjut, beliau berkata antara faktor perkahwinan antara dua negara itu adalah diperkenalkan oleh rakan, saudara-mara serta perkenalan di laman media sosial. Maklumlah sekarang ini sudah ada laman sesawang mencari jodoh.
Di Tiktok juga ada yang membuat secara langsung perkenalan antara lelaki dan Perempuan yang tidak dikenali dengan harapan dapat bertemu pasangan sekufu. Semakin canggih teknologi semakin bahaya data peribadi kita terdedah kepada mereka yang mahu ambil kesempatan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati apabila terlibat dengan perkara sebegini. Jika sudah ditakdirkan jodohnya sudah tentu tidak ke mana.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang