KEHIDUPAN berumah tangga perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna, memadai menerima kelemahan dan kekuatan pasangan seadanya.

Pada masa sama, sentiasa menghargai dan berusaha mengembalikan kebahagiaan sekiranya tersasar daripada landasan perkahwinan.

Menurut Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, pasangan suami isteri fungsinya saling melengkapi.

Disebabkan itu, kadangkala para isteri sengaja buat-buat ‘tidak pandai’.

“Bukan wanita itu tak pandai, tapi sebenarnya mereka pandai ambil hati pasangan.

“Daripada buat-buat tak pandai inilah suami rasa dirinya dihargai, dihormati dan disayangi oleh isteri,” ujarnya.

Suami isteri bermanja-manja

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau turut menyenaraikan beberapa situasi isteri buat-buat tak pandai antaranya:

1. Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh pandu sendiri, tetapi apabila hendak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.

2. Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu rumah, tetapi nak buang sampah, “abang sampah dah penuh!” Setakat tu je dia pandai.

3. Dia boleh jaga anak sendirian. Mandi, makan, cebuk anak tiada masalah, tetapi apabila anak bergaduh atau mengamuk “abang tolong tegur sikit budak-budak ni.”

Iklan

4. Dia boleh terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau-senda, tetapi apabila anak-anak tak buat begitu dia cepat sentap. “Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”

Artikel berkaitan: Tidak melatah isu ‘buat bodoh-bodoh’, Prof Muhaya mohon maaf timbulkan perbalahan dan sangkaan kalangan warganet

Iklan

Rezeki suami

5. Dia pandai merancang. “Ok sayang plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baharu dan macam-macam lagila.” Tapi tang bayar dia buat-buat tak pandai.

6. Apabila anak-anak meragam, cepat je tahu apa faktor jadi begitu. Ni mesti tak cukup tidur, dah bosan sangat, main di luar. Tapi apabila sampai diri sendiri, “entah la, tak tahu kenapa sayang rasa lemau je hari ini.”

7. Apabila sediakan makanan dia jaguh. Rania suka makan ini, Aisy suka makan ini, abang suka makan ini semua disediakan. Tapi untuk diri sendiri, “abang tolong carikan …sayang teringinla nak makan.”

Ternyata, apabila setiap pasangan melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing barulah harmoni rumah tangga kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain. #tilljannah