UMAT Islam termasuk wanita tidak melepaskan peluang untuk melipat-gandakan ibadat pada bulan Ramadan ini termasuk menunaikan solat sunat tarawih.

Muncul setahun sekali, justeru ramai yang mengambil peluang mengerjakan berjemaah di masjid mahupun surau.

Pun begitu, situasi sebenar ruang solat kaum Hawa amat mengecewakan.

Ada yang memenuhi saf hadapan, ada pula yag berada di sebelah kanan manakala yang lain berkelompok di beberapa bahagian. Isu saf putus dan solat berkelompok menyakitkan mata.

Perkongsian pengguna Facebook ini menjadi tular sekali gus membuka mata warga maya.

“Saya perempuan tetapi mata saya pun sakit tengok perkara ni. Sakit mata tak tengok? Orang nak jemaah, dia pun nak jemaah. Gambar sekadar hiasan. Macam ni lah orang perempuan.

“Sibuk nak solat di masjid walhal dia tak tau sama sahaja pahala yang dia dapat iaitu 27, malah lebih!

“Tapi memang inilah dia perempuan. Suka buat kepala sendiri. Baik kau solat di rumah sahajalah!” kongsinya.

Baca juga: Tak salah tarawih di masjid tapi tempat solat terbaik wanita ialah di rumah, 6 info perlu tahu

Baca juga: Solat tarawih sedangkan solat fardu belum diqada? Ini jawapan agamawan

Dalam hantaran sana, wanita berkenaan meluahkan sukarnya membentuk saf yang sempurna kerana pelbagai alasan yang diberikan.

“Sakit jiwa kalau nak join saf. Apabila kita pula kena jadi wakil pergi betulkan saf setiap orang. Habis tu saya, bila boleh masuk saf?

“Perkara ini tidak berlaku kepada semua jemaah wanita tetapi inilah perempuan, menyibuk. Dari sebelum solat, sampailah dalam solat.

“Jika mahu ikuti pastikan awal walau apa sahaja alasan. Misalnya ada anak kecil atau beristinjak,” kongsinya.

Beliau juga kecewa keadaan saf terputus gara-gara jemaah yang lambat.

Ada benarnya perkongsian ini kerana adakala kelalaian kita memusnahkan adab dan kelebihan solat berjemaah itu sendiri.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, solat berjemaah tidak boleh semberono sekadar berniat sebagai makmum semata-mata. Ada adab yang perlu dipatuhi.

Baca juga: ‘Saya cari imam solat tarawih di rumah’- Neelofa kongsi kisah cinta berputik

Baca juga: Tak sedar datang haid, nampak darah lepas berbuka, perlukah puasa diganti? Ini penjelasan agamawan

Kredit foto: 123RF

“Solat berjemaah mempunyai kelebihan-kelebihan yang besar seperti yang banyak disebutkan oleh para ulama.

“Baginda Nabi SAW sendiri telah mengajarkan adab-adab yang boleh dilakukan ketika solat berjemaah untuk mencapai kesempurnaan solat tersebut seperti meluruskan dan merapatkan saf, mengutamakan saf hadapan dan sebagainya,” katanya.

Dalam keadaan tertentu, ada para wanita yang berpusu-pusu memenuhkan saf di bahagian belakang sehingga menyebabkan bahagian hadapan kosong dan menyukarkan jemaah baharu hadir untuk mengisi kekosongan tersebut.

Iklan

ADAB SOLAT BERJEMAAH

1-Imam Nawawi mensyarahkan saf terbaik bagi wanita adalah di bahagian paling belakang dan saf terburuk bagi wanita adalah di bahagian paling hadapan.

2-خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا ‏

Maksudnya: “Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah saf yang terawal dan seburuk-buruk saf bagi lelaki adalah yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita adalah saf yang terakhir dan seburuk-buruk saf bagi wanita adalah saf yang terawal.”

3-Makna kedudukan saf wanita yang ingin disampaikan dalam hadis berikut adalah ketika mana wanita melaksanakan solat berjemaah di belakang jemaah lelaki tanpa ada suatu pemisah atau tirai.

4-Jika wanita menunaikan solat berjemaah sesama wanita sahaja atau ada pemisah di antara jemaah wanita dan jemaah lelaki, maka keutamaan kedudukan saf itu sama seperti keutamaan saf lelaki iaitu saf di bahagian paling hadapan adalah lebih utama daripada saf belakang.

5-Ungkapan ‘seburuk-buruk saf’ tersebut bukanlah memberi maksud bahawa perbuatan tersebut buruk dan jahat. Namun ia menggambarkan tingkatan pahala bagi setiap amalan. Mereka yang dikategorikan dalam ‘seburuk-buruk saf’ adalah paling sedikit pahala, kurang fadilatnya dan ia jauh dari kehendak syarak manakala mereka yang dikategorikan dalam ‘sebaik-baik saf’ adalah paling banyak pahala kelebihan dan dekat dengan tuntutan agama.

Iklan

6-Antara sebab wanita diutamakan solat di saf bahagian belakang (dalam keadaan berjemaah dengan lelaki tanpa penghalang) adalah supaya dapat mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan wanita, jauh dari pandangan lelaki ajnabi dan dapat menjaga hati-hati manusia ketika melihat pergerakan dan mendengar suara ajnab.

7-Keutamaan wanita untuk melaksanakan solat di saf bahagian belakang adalah apabila saf jemaah lelaki dan jemaah wanita tidak dipisahkan dengan sesuatu penghalang seperti tabir, tirai, dinding dan sebagainya.

8-Bagaimanapun, sekiranya jemaah lelaki dan wanita itu dipisahkan dengan sesuatu penghalang iaitu dalam tidak saling melihat antara satu sama lain, maka menjadi keutamaan wanita untuk memenuhkan saf hadapan terlebih dahulu. Hal ini kerana fitnah-fitnah yang dibimbangi berlaku seperti percampuran lelaki dan perempuan sudah tidak berlaku lagi kerana keadaan wanita pada ketika itu sudah tertutup daripada kaum lelaki.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!