BARU-BARU ini berita kejayaan vaksin buatan Pfizer dan BioNTech yang didakwa menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan Covid-19 berjaya mendapat reaksi ramai pihak dalam kalangan pakar malahan juga pemimpin dunia.

Memetik laporan media tempatan, menurut Pfizer, vaksin jenis mRNA itu terbukti mampu mengelak jangkitan Covid-19 bagi hampir kesemua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam kenyataan di laman web rasmi Pfizer, penemuan itu memberi maksud mereka telah mula selangkah dalam memperoleh vaksin untuk diedarkan kepada orang ramai sekali gus bakal mengakhiri pandemik Covid-19.

Di sebalik kejayaan tersebut, pasangan saintis beragama Islam yang berasal dari Turki, Ugur Sahin dan Oezlem Tuereci merupakan individu penting di sebalik penghasilan vaksin tersebut.

Lapor Muslim Mirror dan Daily Mail, Ugur, 55, bersama isterinya, Oezlem, 53, membentuk `pasukan impian’ yang memberi harapan sebenar kepada dunia menerusi pembangunan vaksin itu.

Saintis Islam individu terpenting kejayaan vaksin Covid-19, hidup sederhana walaupun antara yang terkaya di Jerman

Kini, pasangan suami isteri itu semakin dikenali seluruh dunia kerana hasil titik peluh mereka membangunkan vaksin Covid-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi yang dilihat bakal menjadi sinar baharu kepada dunia.

Pasangan itu dilaporkan telah menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada sekitar 2008.

Bermula dengan asal-usul keluarga yang sederhana iaitu sebagai anak kepada seorang migran Turki di Jerman, Sahin bersama isterinya Tureci kini antara 100 individu paling kaya di Jerman, menurut Reuters.

Walaupun berada antara 100 orang terkaya di Jerman, pasangan itu cukup dikenali dengan sifat rendah diri dan hidup dalam kesederhanaan.

“Di sebalik kejayaannya, dia tidak pernah berubah daripada personalitinya yang rendah diri,” kata Matthias Kromayer, salah seorang ahli lembaga firma MIG AG yang menyokong BioNTech sejak awal penubuhannya.

Pasangan itu sebelum ini turut menubuhkan syarikat Ganymed Pharmaceuticals pada 2001 untuk membangunkan antibodi yang melawan kanser, kemudian dijual pada nilai AS$1.4 bilion pada 2016.

Sahin dilahirkan di Iskenderun, Turki dan kemudian berpindah ke Cologne, Jerman pada umur 4 tahun.

Iklan

Beliau pertama kali berjumpa dengan isterinya, Tureci, ketika kedua-dua saintis itu memulakan karier akademik mereka.

Tureci juga merupakan anak kepada seorang ahli fizik warga Turki yang mana beliau juga turut merupakan migran di Jerman.

Selepas menjalani tempoh perkenalan hati budi, Sahin dan Tureci membuat keputusan untuk berkahwin selepas taman penganjian sekitar tahun 2002 dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang kini telah dewasa.

Iklan

BARU-BARU ini berita kejayaan vaksin buatan Pfizer dan BioNTech yang didakwa menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan Covid-19 berjaya mendapat reaksi ramai pihak dalam kalangan pakar malahan juga pemimpin dunia.

Kedua pasangan itu berkongsi dedikasi dan minat dalam bidang yang sama malahan, Tureci menceritakan kepada media bahawa pasangan itu pulang ke makmal untuk meneruskan kerja penyelidikan sejurus selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

Memetik laporan CNN, Sahin pada Selasa meluahkan rasa positif dengan perkembangan vaksin itu yang diharap dapat membawa kebaikan kepada seluruh kemanusiaan.

“Saya percaya bahawa jangkitan Covid-19 boleh dicegah oleh vaksin,” ujar beliau.

Vaksin itu dijangka mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) dalam masa terdekat.