Sakit hati dengan pasangan, pasrah jalan terbaik buat hati tenang

Isteri tuntut cerai kerana suami ikut cakap dukun
Isteri tuntut cerai kerana suami ikut cakap dukun
A
A
A

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan sebuah perkahwinan yang aman

sejahtera sepanjang hayat.

Namun begitu bak kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'.

Sudah pastinya ada kebenaran melalui kata pepatah tersebut kerana untuk mencari keserasian dalam

hidup berpasangan, ia sebenarnya mengambil masa untuk mengenali 'true colour' pasangan masing-masing.

Ramai menganggap perkahwinan yang bertahan lama itu hanya merasai kebahagiaan semata-mata.

Namun pada hakikatnya, suami isteri itu pasti mengalami pelbagai masalah dan rintangan sepanjang

tempoh hidup bersama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin mendedahkan, bagi menempuh dugaan berumah tangga itu pula,

suami isteri turut perlu mempunyai perasaan pasrah.

"Bila kita dah pasrah dengan pasangan, maka apa yang dia buat bukan lagi satu keutamaan untuk kita

fikirkan sehingga serabut di fikiran.

"Kita dah tak lagi sakit hati, terasa hati ataupun ambil hati, emosi kita kekal tenang dan tenteram walaupun dia ada depan-depan. Tanggungjawab jalan, kewajipan jalan.

"Tak miss, tak mogok, tak tunjuk perasaan. Deep inside, tak berharap langsung sesuatu yang luar biasa berlaku pada dia, dia nak macam tu sampai bila-bila pun ikut dia lah.

"Usaha dah, doa dah, tawakal dah... mungkin belum masanya untuk ALLAH bagi hidayah kepada dirinya," coretnya.

Suami, fahamilah... ini yang tidak terluah oleh isteri

Menurutnya, sampai satu tahap pasrah dan berserah itu adalah satu pilihan yang terbaik.

"Bila kita akan pasrah dengan pasangan? Bila kita dah cakap berkali-kali, bila kita dah tegur berkali-kali, bila kita dah nasihat berkali-kali tapi satu apapun tak masuk ke dalam telinga dia, otak dia.

"Dia tak nampak kebaikan dari apa yang cuba disampaikan, dia hanya nampak pasangannya itu nak kawal dirinya, nak sekat pergerakannya, nak ganggu kebebasannya. Takat itu sahaja yang dia boleh fikir dan mampu fikir.

Baca juga Patutlah slow, rupanya…Cara detect ‘pencuri’ WiFi, lelaki ini kongsi enam langkah mudah

"Ada tahap di mana kita akan merasakan bahawa pasrah dan berserah itu adalah satu pilihan yang terbaik untuk dilakukan sebab kalau kita masih nak teruskan dengan beremosi atau terasa hati untuk setiap apa yang dia buat, maka kerja tak jalan, nak buat apapun terganggu dan yang penting, nak beribadah pun tak boleh fokus.

"Give your head and heart a rest, stop thinking about it," pesannya.

Justeru, kita hanya perlu berusaha dan doa. Hati manusia milik ALLAH. DIA yang menentukan siapa dan bila untuk diberikan hidayah. Insya-ALLAH tenang.

Sumber: Firdaus Shakirin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca