Salman edar sendiri barang bantuan golongan sasaran

Salman Khan sumbang RM5.4 juta bantu pekerja industri hiburan Bollywood
Salman Khan sumbang RM5.4 juta bantu pekerja industri hiburan Bollywood
A
A
A

TERBARU, tular video di media sosial menunjukkan bintang Bollywood, Salman Khan dan barisan pelakon filem terbaharunya, Dabangg, dilihat sedang mengedarkan makanan dan barang keperluan lain kepada semua penduduk kampung yang memerlukan bantuan akibat penularan wabak Covid-19.

Ternyata video berdurasi 1.33 saat yang dikongsi sendiri oleh Salman di laman Instagram miliknya itu telah memberi inspirasi kepada orang ramai.

Salman dilihat turut sama membantu dan mengangkat sendiri barang keperluan yang mahu diedarkan ke dalam gerabak kereta lembu untuk diagih-agihkan kepada golongan sasaran.

Beliau turut dibantu rakan-rakan dan barisan pelakonnya seperti Jacqueline Fernandez, Lulia Vantur dan Kamaal Khan.

Perkara tersebut bukanlah satu perbuatan yang janggal dilakukan oleh Salman yang mana beliau juga sebelum ini sangat aktif dalam program CSR dan misi bantuan kemanusiaan.

Sebelum ini, ketika India melaksanakan perintah ‘lockdown’ disebabkan oleh wabak Covid-19 yang meluas, Salman telah tampil membuat sumbangan terhadap para pekerja harian.

Salman juga pernah menyalurkan sebahagian daripada wangnya kepada 19,000 orang pekerja industri hiburan Bollywood yang terjejas akibat Covid-19.

Apa yang pasti, membuat perkara yang baik seperti ini bukan sahaja tanggungjawab untuk orang kenamaan atau terkenal.

Anda juga turut tidak terkecuali! Pujuklah diri untuk melakukan kebaikan kepada diri sendiri serta orang lain.

Usah berfikir panjang untuk melakukan kebaikan. Peluang untuk melakukan kebaikan terbentang luas di depan mata kita.

Apa yang penting pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19! #PastiAdaSinar

 

View this post on Instagram

 

@jacquelinef143 @vanturiulia @rahulnarainkanal @imkamaalkhan @niketan_m @waluschaa @abhiraj88

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca