Salman Khan sumbang RM5.4 juta bantu pekerja industri hiburan Bollywood

Salman Khan sumbang RM5.4 juta bantu pekerja industri hiburan Bollywood
Salman Khan sumbang RM5.4 juta bantu pekerja industri hiburan Bollywood
A
A
A

AKIBAT daripada penularan wabak Covid-19 yang turut menjejaskan negara India, pelakon, Salman Khan tampil untuk menyalurkan sebahagian daripada wangnya kepada 19,000 orang pekerja industri hiburan Bollywood.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Times of India, seramai 3,000 pekerja telah memperoleh wang bernilai 5,000 Rupee India (RM286) setiap seorang dan berbaki lagi 16,000 orang.

"Salman telah meminta maklumat 25,000 pekerja dan sebanyak 19,000 data telah diperoleh. Semua akan mendapat wang seperti yang dijanjikan tidak lama lagi," kata wakil Kesatuan Pekerja India Cine, Ashok Dubey.

Ada sebilangan pekerja industri yang punyai kewangan yang stabil dan meminta sumbangan itu diberikan kepada individu yang memerlukan.

Pada hujung Mac lalu, Salman memutuskan untuk membantu pekerja industri perfileman Bollywood yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Jika dihitung jumlah keseluruhan, pelakon yang popular dengan filem Hello Brother itu telah menyalurkan lebih RM5.4 juta kepada pekerja industri Bollywood yang terjejas.

Ternyata perbuatan tersebut adalah salah satu usaha murni yang patut dicontohi yang secara tidak langsung ia mampu membantu ramai orang yang sangat memerlukan saat dunia mengalami kesukaran.

Tahniah Salman!

Sehingga kini India telah mencatatkan jumlah pesakit Covid-19 seramai 4,421 orang dengan 115 kematian.

Pastikan anda setiasa beringat dan menjaga kebersihan dengan mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!

#juststayathome #janganputusasamalaysia

Sumber: Hindustan Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca