SEMENJAK dilancarkan pada petang Jumaat lepas, dalam tempoh 6 hari, sumbangan al-Quran Wakaf mencapai sasaran, malah melebihi sasaran 15,000 naskhah yang diharapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, sehingga jam 2 petang hari ini, 9 April 2020, wakaf yang diterima adalah  sebanyak 17,162 naskhah alQuran Mu’jam.

Al-Quran tersebut juga dilengkapi dengan terjemahan perkata dan tajwid berwarna bagi membantu para petugas dan orang ramai berinteraksi dengan al-Quran.

“Agihan berperingkat telah  dilakukan sejak Sabtu lalu kepada semua lokasi yang kita sasarkan dan #QuranCorner di hospital-hospital telahpun diaktifkan.

Sambutan luar biasa! Program wakaf al-Quran diteruskan

“Sebanyak 200 naskhah diperuntukkan untuk hospital yang menangani kes Covid-19, 160 naskhah untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk pusat kesihatan,” katanya.

Sementara itu, terdapat juga permohonan baru dari pusat kuarantin untuk menambah jumlah naskhah al-Quran yang diberikan bagi menampung permintaan yang ada.

“Kami telah mengambil keputusan untuk terus menerima wakaf sehingga 14.4.2020 kerana permintaan yang bertambah.

“Kami juga menerima  banyak  rayuan dari orang ramai untuk memberikan  peluang kepada mereka menyertai program wakaf ini.

“Atas permintaan dari pihak penerima wakaf dan pemberi wakaf,  program ini kami teruskan  dan sasaran 15 ribu naskhah tidak relevan lagi.

 

Sambutan luar biasa! Program wakaf al-Quran diteruskan

Kita akan terus menerima wakaf dan sedang melakukan agihan agar semua sumbangan wakaf ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya melalui ruang #QuranCorner yang diaktifkan.

Iklan

#QuranCorner adalah ruang yang diletakkan al-Quran wakaf bagi tujuan “Rehat dan Rawat” melalui pendekatan berinteraksi dengan al-Quran: baca, faham dan amal nilai serta mesej yang ada dalam al-Quran.

Ada juga pihak hospital menjadikan #QuranCorner dengan meletakkan al-Quran di Troli Ibadah rujukan untuk para petugas dan pesakit.

Bagi orang ramai yang ingin berwakaf atau menyumbang juga boleh berbuat demikian dengan menyumbang RM45/naskhah yang boleh disalurkan melalui Maybank Islamic:

Warisan Ummah Ikhlas Foundation

Iklan

MBB:  5642 7651 6031

Ruj:  Wakaf Quran

Semoga al-Quran menjadi penenang jiwa yang penat dan resah. Semoga dengan kembali kepada al-Quran rakyat dan negara ini mendapat pertolongan dari Allah Yang Maha Penyembuh serta Maha Pengasih.

#QuranCorner #janganputusasamalaysia