Sanggup berhabis duit, ikat perut demi barang rare

A
A
A

PASTI ramai golongan isteri mengeluh apabila melihat suami tersayang sanggup berhabis duit demi memenuhi keinginan membeli pelbagai jenis permainan 'rare' walaupun harganya boleh menampung kos belian barang dapur untuk sebulan.

Sampaikan ada yang mengadu dalam page kisah rumah tangga dalam Facebook dek pening memikirkan sikap suami yang terlalu obses dengan permainan.

Masakan tidak, ada juga yang sanggup ikat perut demi koleksi yang diimpikan dan tak kurang juga, sanggup kerja lebih masa untuk dapatkan duit lebih semata-mata mahu pastikan set figura dalam genggaman.

Obses dengan set permainan bukanlah perkara baharu buat si lelaki bahkan mereka sanggup 'hunting' koleksi terkini demi memenuhi almari kaca hiasan yang tak ubah seperti peti harta karun.

Perkongsian satu isu dalam twitter @lawakhangit mengenai kegilaan golongan lelaki terhadap set permainan termasuk koleksi kereta, figura super hero, komik mahupun dinosaur.

obses mainan

Jangan tidak percaya, hobi membeli set permainan itu boleh dikatakan makan kos tinggi bahkan lebih susah nak dapat, lagi mahal. Ini lebih kepada koleksi jenama kereta mainan yang cukup popular di Malaysia.

obses mainan

Ramai yang kata semua itu hanyalah untuk menebus masa silam. Barangkali masa kecil-kecil dulu tidak mampu nak beli mainan waima sekecil set lego atau robot sekali pun.

obses mainan

Rata-rata komen yang retweet cukup lucu sehingga ada yang memujuk, bagi peluang kepada para lelaki habiskan masa dengan mainan berbanding jadi kaki perempuan. Aduh! Sentap min.

obses mainan

Jadi, nak bagi can kepada para suami spend duit untuk membeli mainan ini? Tepuk dada tanya selera!

Jika ada bajet lebih, bolehlah beli set yang dimahukan tetapi jangan sampai dapur tidak berasap ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca