SEBUT sahaja Upin dan Ipin, pasti ayat “betul! betul! betul!” akan berlegar-legar difikiran korang yang mana ia adalah dialog popular yang diucapkan oleh karektor dua beradik animasi tersebut.

Sejak kemunculan siri pertama mereka sekitar tahun 2009, satu demi satu pencapaian berjaya diraih!

Terbaharu, syarikat produksi animasi tempatan, Les’ Copaque Productions Sdn Bhd kini diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada Persidangan dan Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Les’ Copaque dalam kenyataan, pengiktirafan tertinggi itu diberikan bagi meraikan wira-wira ekonomi dalam kalangan pemain industri yang mampu bertahan menjalankan operasi perniagaan dan membantu menggerakkan ekonomi walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 melanda dunia ketika ini.

Pencapaian syarikat itu dinilai berdasarkan prestasi mereka sepanjang tahun 2019 dan 2020 yang kekal dominan menakluk siaran di stesen televisyen tempatan dan juga antarabangsa seperti di negara Asia Tenggara lain melalui Disney Channel Asia, serta di Turki.

Hebat bukan? Oleh itu SinarPlus sekadar nak kongsikan beberapa fakta yang ramai orang tak tahu mengenai animasi siri Upin dan Ipin sehingga ia kini semakin dikenali dan berjaya bertahan dalam industri sehingga ke hari ini.

Upin dan Ipin pada asalnya dihasilkan di dalam keadaan botak kerana ingin mengurangkan kos penghasilan dan simulation “hair” di dalam 3D. Akhirnya mereka kekal botak sehingga ke hari ini.

Satu demi satu kejayaan berjaya diraih Upin dan Ipin, ini beberapa faktar mengenai mereka yang ramai tak tahu

Sebenarnya watak ibu bapa Upin dan Ipin tidak dihasilkan kerana kesuntukan masa dengan deadline episod Hari Raya pada siri Upin dan Ipin tayangan musim pertama.

Akhirnya Les’ Copaque Production mengambil keputusan untuk ‘mematikan’ watak ibu bapa Upin & Ipin dan memulakan episod Hari Raya dengan babak Upin Ipin menziarahi kubur.

Satu demi satu kejayaan berjaya diraih Upin dan Ipin, ini beberapa faktar mengenai mereka yang ramai tak tahu

Siapa sangka, kisah ini menjadi satu cerita yang sedih dan menyayat hati lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim yang senasib seperti watak tersebut.

Cerita Upin dan Ipin lebih terkenal dan jauh popular di Indonesia. Ini adalah kerana cerita Upin dan Ipin yang sangat mirip dengan kehidupan masyarakat Indonesia dan perwatakkan Upin & Ipin yang seimbang iaitu tidak terlalu baik dan tidak terlalu nakal.

Iklan

Kalau orang Malaysia yang datang ke Indonesia mesti malu jika tidak mengenali siapa Upin dan Ipin kerana di sana mereka sangat popular.

Sementara itu, siri Upin dan Ipin juga pernah disiarkan di Disney Channel pada tahun 2009 di dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

Pada awalnya ramai penonton mengkritik kualiti alih bahasa pada versi Bahasa Inggeris kerana berpendapat loghat dan gaya bahasa yang digunakan tidak sesuai dan agak pelik.

Ramai juga yang mencadangkan agar Les’ Copaque membuat proses alih bahasa itu dilakukan sendiri oleh pihak Disney Channel kerana mereka lebih berpengalaman.

Iklan

Apa yang orang ramai tidak tahu adalah, versi alih bahasa yang disiarkan itu memang dihasilkan sendiri oleh Disney Channel sendiri.

Selepas beberapa episod, akhirnya pihak Les’ Copaque Production mengambil alih sendiri tugas alih bahasa Inggeris sehingga kini.

Dengan populariti Upin dan Ipin, ramai kanak-kanak yang ingin menjadi seperti watak tersebut. Tak kurang juga yang membotakkan rambut agar kelihatan seperti Upin dan Ipin.

Satu demi satu kejayaan berjaya diraih Upin dan Ipin, ini beberapa faktar mengenai mereka yang ramai tak tahu