FUH segarnya! Itulah yang boleh digambarkan apabila melihat hasil sentuhan dekorasi laman dan rumah dipenuhi tumbuhan hidup.

Bukan mudah untuk menampilkan seni hiasan dengan pokok hidup di dalam rumah. Banyak  faktor yang perlu diberi tumpuan.

Namun ia tidak mustahil bagi seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  Affendi Isa, yang berjaya membuktikan apabila menggunakan konsep ‘hutan rimba’ di aras  16, Presint 8, Putrajaya.

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16
Cantik kan bila bangun pagi jer nampak pemandangan cantik macam ni.

Katanya kepada SinarPlus, beliau memang sangat suka kepada interior design.

“Apabila timbul minat yang mendalam, mulalah mencari ilham dengan membaca buku-buku deko dan menyertai grup deko di Facebook.

“Kerana melihat ruang balkoni yang sangat kosong, saya terpikir untuk bercucuk  tanam. Saya bermula dengan tanaman kaktus dan diikuti dengan pokok berdaun,” ujarnya.

Menurutnya, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, masa yang ada  dimanfaatkan sepenuhnya dengan menambah tanaman sehinggalah di dalam rumah.

“Cuma saya ni bukan sekadar tanam pokok ikut suka, saya banyak membaca dan tanya  orang pokok mana yang sesuai untuk indoor dan kurang dapat cahaya matahari.

“Susun atur pula saya sangat titik beratkan sebab saya tak nak nampak serabut dan  ia mesti sesuai dengan konsep deko dalam rumah,” katanya yang berasal dari  Terengganu itu.

Katanya Affendi juga, memiliki anak-anak kecil juga bukan penghalang untuk berdeko.

“Mula-mula mereka ada juga kacau tapi kita kena ajar dari awal. Anak-anak suka  alihkan dan sentuh pokok-pokok (make sure jangan tanam pokok yang bahaya untuk  kanak-kanak dalam rumah).

“Di sini kita kena sentiasa ingatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti  jatuh atau pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada  bersahaja dan tidak marah.

“Biasanya dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, anak-anak yang berumur bawah dua tahun pasti  akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten.

“Tak perlu menengking atau guna nada marah-marah pun. Lama kelamaan mereka akan faham  dan tak akan mengulanginya,” kata bapa kepada empat anak itu.

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16

Artikel berkaitan: Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

Katanya lagi, setiap pokok ada cara penjagaan yang berbeza.

“Kaktus dan sukulen lain cara jaga, pokok dalam rumah lain dan kat balkoni lain. Kena  rajin membaca, sebab ini bukan bidang saya jadi saya banyak belajar daripada pengalaman. “Saya pilih pokok yang kurang maintenance, maksudnya tak memerlukan siram setiap  hari. Sekali atau dua kali seminggu sahaja.

“Waktu saya siram biasanya petang lepas balik kerja atau awal pagi sebelum ke  pejabat. Saya juga menggunakan baja jenis slow-release yang boleh tahan 3-6 bulan,  jadi tak perlu la baja tiap bulan,” katanya.

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16
Semua pokok disiram dan diletakkan di luar sebelum Affendi pulang bercuti di kampung.
Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16
Suasana awal pagi. Walaupun rumah duk dalam hutan batu, tp kita cuba bawa aura ‘hutan rimba’ dalam rumah, untuk udara segar pada awal pagi!

Tip cara menanam pokok dalam rumah:

1. Sesuaikan pokok dengan keperluan cahaya. Ada pokok suka kena matahari direct dan  ada yang tak suka.

Contoh: Kaktus suka matahari direct so kena letak luar rumah, tapi pokok Calathea tak  suka matahari direct so boleh letak dalam rumah yang ada cahaya terang.

2. Siram hanya bila tanah betul-betul kering atau pokok ada tanda-tanda perlukan air seperti daun  layu atau bergulung. Air berlebihan boleh menyebabkan akar rosak. Siram sikit-sikit sahaja bagi tanah basah, perlu sampai melimpah.

3. Medium tanah yang poros – campuran tanah, batu, perlite dan pumice, saya buat  sendiri. Tapi boleh juga yang dah premix dijual dekat nurseri. Pokok indoor (tak semua) biasanya tidak suka air bertakung lama.

4. Pastikan pasu ada lubang. Tapi boleh juga yang tak ada lubang, pastikan tahu buat layer  kat dalam pasu untuk filteration dan ventilation.

5. Baja – recommend baja yang slow release.

6. Pastikan air tak bertakung utk elakkan nyamuk

7. Guna serbuk insecticide untuk halang serangga seperti semut, ulat yang hidup dalam  tanah.

Iklan

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16

Tip siram pokok supaya tidak mengotorkan lantai:

1. Gunakan alat penyiram yang ada muncung, supaya air terus di siram ke dasar pokok/tanah bukannya ke daun. Kalau ke daun, air akan melimpah ke atas lantai. Lainla kalau pokok-pokok yang kat laman rumah atas tanah, boleh siram terus ke daun-daun pokok.

2. Jangan siram dengan banyak, memadai untuk basahkan tanah. Pokok-pokok yang ditanam dalam pasu/container tidak memerlukan air yang banyak seperti pokok-pokok yang ditanam atas tanah di laman rumah. Air yang banyak boleh menyebabkan akar pokok mati.

3. Gunakan pasu yang sesuai sama ada yang jenis ada pelapik atau gunakan pasu dua lapis sebagai pasu pendua yang tiada lubang di dasarnya.

4. Pastikan tempoh siraman mengikut keperluan pokok. Ada pokok perlu siram tiap-tiap hari dan ada yang perlu siram 3-7 hari sekali.

5. Misting atau semburan kabus elok dibuat 2-3 kali seminggu ke daun-daun pokok. Semburan misting ni tak menyebabkan air meleleh keluar ke lantai balkoni.

Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengalaman Affendi semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.

Iklan

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16

Segarnya bila tengok rumah ini... tanam pokok dalam rumah di tingkat 16

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan inspirasi dan bermanfaat buat semua.