'Sejam suami tak bernafas akhirnya tak dapat diselamatkan', pentingnya ilmu CPR yang betul

Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
A
A
A

PENGETAHUAN dan kemahiran bantuan kecemasan amat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa dalam detik-detik cemas, terutamanya sebelum bantuan perubatan tiba.

Semalam, Public Health Malaysia telah memuat naik status di laman Facebooknya berkenaan betapa pentingnya ilmu bantuan pernafasan yang dikenali sebagai Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Itu berikutan terdapat satu perkongsian yang dibuat oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Selangor, Doktor Malar Santhi Santherasegapan berkenaan kes CPR salah seorang pesakitnya.

Ulasnya panjang di ruangan Facebook miliknya, wanita kehilangan suami tercinta akibat bantuan kecemasan awal yang tidak betul dibuat isterinya.

Cerita Dr Malar, suami kepada wanita terbabit merupakan pesakit jantung, setiap hari kena makan ubat, 'folow up' hopital setiap bulan serta menghidapi kencing manis, darah tinggi dak kolestrol tinggi.

Sampai sahaja pesakit di unit kecemasan hospital, Dr Malar menceritakan detik memberikan CPR buat lelaki tersebut.

Namun malangnya tiada denyutan jantung sehingga pesakit dibawa ke dalam zon merah. CPR terus berterusan dibuat oleh stuffnurse sehingga kiraan 30 dan disambung 30 kali tekan dada. Lengkap lima pusingan, check nadi di leher.

Dr Malar

Baca juga Anak jadi ‘lembab’ gara-gara dedah alatan elektronik awal, berikut 10 kesan bahaya

Ceritanya lanjut, tiba pula masa perlu memaklumkan kepada waris keadaan pesakit.

"Sekarang jantung suami puan tidak berdegup. Dia tak bernafas, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia masih hidup.

"Bacaan jantung ketika mula-mula sampai menunjukkan asytole, iaitu garisan flat. Kami tengah memberi bantuan nyawa, iaitu Full Cardiopulmonary Resuscitation, itu rawatan terbaik untuk keadaan suami puan sekarang.

"Saya minta Puan doa banyak-banyak untuk jantung dia kembali berdegup. Saya dah masukkan tiub pernafasan dalam tekak (trachea) supaya dia dapat oksigen maximum. Sekarang doa puan sahaja boleh bantu dia," terang Dr Malar.

Namun apabila pertanyaan kepada waris diteruskan untuk mendapatkan butiran lanjut, alangkah terkejutnya Dr Malar ketika isteri pesakit menceritakan kaedah CPR yang telah dilakukan terhadap suaminya.

Apabila dilihat suami mulut berbuih, wanita itu membuat CPR dengan membuat hembusan ke dalam mulut secara berterusan. Selain itu, wanita itu juga menyuapkan air gula ke dalam mulut pesakit atas alasan bimbang lelaki terbabit 'hypo'.

RUPANYA CPR YANG BETUL TAK DIMULAKAN DI RUMAH

Kekecewaan yang dirasakan Dr Malar ketika itu memang tak terkira.

"Rakyat Malaysia ni kan, kalau video viral kat TikTok laju je tengok. Insta live artis wajib tengok, tapi pengetahuan basic macam CPR ni tak pernah ambil endah nak tahu.

"Jantung berhenti dah hampir sejam, tangan dan kaki dah sejuk, tiada degupan jantung, tidak bernafas, mata dah terbeliak. CPR langsung tidak dimulakan di rumah ataupun dalam perjalanan.

"Depan pintu kecemasan, barulah kami tergesa-gesa start CPR. Walau apa pun, resuscitation diteruskan mengikut protocol iaitu selama 30 minit, disambung lagi 15 minit atas permintaan si isteri, disambung lagi 15 minit atas permintaan si anak lelaki, disambung lagi 15 minit atas permintaan si anak perempuan," ujarnya.

Namun suami wanita berkenaan tidak dapat diselamatkan. Setelah satu jam 'resuscitation' penuh dilakukan, operasi terpaksa berhenti.

Baca juga KKM tak galak serbuk kunyit, daun semambu, ini perlu buat jika terkena HFMD

Celoteh fasih berbahasa Melayu, Dr Malar tak sangka dipilih muka depan majalah

Pesan Dr Malar, ambillah inisiatif melihat video CPR untuk kebaikan diri sendiri.

BILA PESAKIT TAK SEDARKAN DIRI, INI TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN;

1. Kalau tengok pesakit tak sedar, cari nadi di bawah tengkuk. Kalau tak ada nadi, mulakan tekanan dada. Kalau tak pasti, tak apa mulakan juga tekanan dada.

2. Kalau sebenarnya pesakit sedar, pesakit akan bangun dan bagi penampar kepada anda. Sebab kalau masih sedar tekanan dada ini sakit sebenarnya. Kalau dia memang tak sedar dan tiada nadi, anda sedang bantu jantung dia mengepam darah ke seluruh badan.

3. Adakah CPR menyelamatkan nyawa? Yes, CPR is life saving.

4. Adakah CPR memanjangkan usia? Tidak, ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya berusaha. Tapi kena usaha betul-betul dengan ikhlas, sehabis baik lepas itu baru boleh berserah.

5. Jangan beri apa-apa makanan atau minuman kalau seseorang tu tak sedar atau tidak bernafas, dia boleh tersedak. Yakni makanan masuk dalam paru-paru.

Sesiapa sahaja boleh tidak sedarkan diri di sekeliling anda, bersedialah dengan teknik CPR yang betul.

Semoga bermanfaat!CPR

Sumber video: Dr SazOne

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca