'Sekurang-kurangnya bagilah kes turun dulu'- Respon ibu bapa sekolah dibuka 3 Oktober

Sekolah dibuka 1 Mac ini, bermula prasekolah, Tahun 1 dan 2
Sekolah dibuka 1 Mac ini, bermula prasekolah, Tahun 1 dan 2
A
A
A

PEMBUKAAN sekolah pada awal Oktober ini menjadi kegusaran kepada ibu bapa.

Ada yang bersetuju malah sesetengahnya masih risau memandangan kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan masih tinggi.

Namun hari ini Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pembukaan sekolah akan dijalankan mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementerian sedang menjalankan kajian dan penelitian yang akan menyaksikan Labuan menjadi wilayah pertama untuk pembukaan sekolah.

Menurutnya, langkah itu dipertimbangkan susulan peralihan Labuan memasuki ke Fasa 4 dan berdasarkan PPN, hampir keseluruhan sektor ekonomi dan sosial secara umumnya dibenarkan beroperasi.

Pihak kementerian akan mengambil kira semua aspek dan pembukaan sekolah akan dijalankan mengikut Fasa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pakai dulu apa yang ada janji pergi sekolah!

Dalam pada itu, Dr Radzi juga berkata pihak KKM bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Labuan berkaitan cadangan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan bersama guru besar dan pengetua sekolah di Labuan, pagi tadi.

Terdahulu, pada Jumaat, Dr Radzi mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, menurutnya, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan PPN.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Radzi juga berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan dan dalam masa sama, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat.

Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ketika ini adalah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Meninjau ke media sosial, rata-rata ibu bapa tidak bersetuju dan mencadangkan pembukaan dilaksanakan apabila kes menurun di bawah 5,000.

Ujar mereka;

"Bagi kes turun dulu bawah 5,000 baru fikir buka sekolah la. Kesian anak-anak kami."

"Tak perlu lagi untuk buka sekolah terutama sekolah rendah yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kalau nak buka pun terlebih dahulu untuk pengajian tinggi."

Baca juga WhatsApp tamatkan fungsi 43 model telefon Android, Apple iOS lama

"Sekurang-kurangnya bagilah kes turun dulu, kami ibu bapa masih risaukan keselamatan anak-anak."

"Pastikan dulu wabak ni dah tak ada barulah buka sekolah. Ingat, pihak kerajaan kena utamakan keselamatan setiap pelajar."

"Kes 200 sekolah ditutup setahun tapi kes 20 ribu, sekolah nak dibuka pula..."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca