SELURUH negara telah dikejutkan dengan pandemik koronavirus sejak awal tahun ini yang dikatakan bermula di Wuhan, China.

Sumber yang diperoleh dari World Health Organization (WHO) 4 April 2020, sehingga hari ini terdapat 857,629 ribu orang telah disyaki positif koronavirus dan menyebabkan kematian sebanyak 42,109 ribu orang.

Sebenarnya sebelum muncul koronavirus ini, terdapat pelbagai virus yang pernah menjadi musuh besar manusia dan mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi. Berikut adalah antara virus yang ‘mematikan’ dunia:

1. Ebola

Penyakit yang berlaku dari 2014 hingga 2016 menyerang warga Afrika Barat telah mengambil nyawa lebih daripada 11 ribu orang di dunia. Angka kematian sangat tinggi sehingga mencapai 90 peratus.

Ebola disebabkan oleh demam berdarah. Ciri-ciri bagi penyakit Ebola adalah kerana pendarahan di luar dan di dalam tubuh. Pesakit akan mengalami gejala berdarah dari hidung, telinga, mulut, anus dan mata.

2. Hantavirus

Hantavirus akan menghasilkan gejala yang sama seperti virus flu. Sekiranya hantavirus menyerang seseorang maka pesakit tersebut akan mengalami kegagalan organ pernafasan. Paru-paru dipenuhi dengan cairan yang menyebabkan susah untuk bernafas. Hanya dalam berapa jam sahaja seorang pesakit itu boleh terus mati.

3. Rabies

Penyakit ini adalah disebabkan oleh anjing. Punca virus merebak adalah disebabkan oleh haiwan-haiwan yang mempunyai virus rabies dan merebak ke manusia. Haiwan lain seperti tikus, kucing, dan mamalia lain juga boleh menyebarkan virus ini.

Namun, tahukah Anda bahawa rabies ini boleh menyerang sistem saraf dan dapat menghancurkan otak manusia. Itu sebabnya rabies dikatakan lebih menderita. Menurut WHO, tingkat kematian untuk penyakit ini mencapai 100 peratus.

4. Sars-CoV

Virus penyebab severe acute respiratory syndrome (SARS) pertama kali muncul pada 2002 di Guangdong, China Selatan. Virus ini berkemungkinan dibawa daripada kelawar kemudian hinggap pada mamalia nokturnal yang disebut musang, lalu dijangkit kepada manusia.

Setelah virus ini tersebar di China, SARS tersebar ke 26 negara di dunia dan menjangkiti sehingga 8 ribu orang dan membunuh lebih daripada 770 orang dalam masa dua tahun.

Iklan

Virus ini akan mengakibatkan demam, rasa sakit pada tubuh dan akan menjadi kepada pneumonia. SARS tercatat memiliki tingkat mortaliti sebanyak 9.6 peratus.

5. Influenza

Salah satu jenis influenza paling mematikan adalah flu Spanyol yang dimulai pada 1918, dan merebak sehingga 40 peratus populasi dunia serta menewaskan sekitar 50 juta orang.

Ini merupakan pandemik influenza kategori 5 yang mulai tersebar di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia.

Iklan

Influenza atau flu ini pada awalnya dikategorikan sebagai penyakit ringan akan tetapi penyakit ini dianggap pandemik dan telah mengorbankan berjuta nyawa di kalangan orang dewasa dan muda.

Virus ini disebabkan oleh Virus Influenza Tipe A subtipe H1N1. Virus flu yang mematikan dan telah beredar di dunia adalah H5N1 (flu burung), H1N1 (flu babi dan flu Sepanyol), virus korona dan lain-lain.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif

Foto: Unsplash