SELAMAT tinggal Proton Exora.

Demikian titip warga maya selepas beberapa keping gambar badan casis unit terakhir MPV itu dikongsikan di laman sosial.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C yang dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) itu ditamatkan pengeluaran sepenuhnya pada 18 Oktober.

“Setelah 14 tahun sejak dilancarkan pada 15 April 2009. Ini adalah unit yang terakhir. Hari ini telah ditamatkan pengeluarannya.

“Sayonara Proton Exora,” kongsi pengguna Facebook, Muhammad Hafiz.

Pada atas hud unit terakhir itu, ditulis beberapa ayat berbunyi ’14 Tahun, MPV Exora Terakhir, #196583, 18/10/2023′ dan ‘terima kasih Proton.’

Baca juga: Perodua Alza, Ativa antara 21 kenderaan dipanggil semula tukar komponen, 10 info product recall perlu tahu

Tidak hanya itu, bingkai cermin hadapan diletakkan bendera Malaysia manakala bahagian belakang pula diletakkan bendera negeri Selangor.

Perkongsian foto berkenaan menimbulkan perasaan sayu dan menyentuh hati warga maya susulan penamatan pengeluarannya.

Pernah dinobatkan sebagai Best Automotive Debut Model of the Year at Frost & Sullivan Malaysia Excellence Award 2010, warganet mengakui ia merupakan MPV tempatan yang terbaik pernah dimiliki.

Malah ramai memuji model berkenaan masih boleh digunakan lagi dalam keadaan baik walaupun sudah berbelas tahun.

Baca juga: Lebih 200 ahli seluruh negara hadir pada pemilihan pucuk pimpinan Exora Owners Car Club Malaysia

– “MPV paling berbaloi aircond sampai belakang. Proton memang terkenal dengan aircond sejuk beku. Terima kasih Proton.”

– “Subhanallah. An end to one of a good product. Secara peribadi, sedih kerana tak dapat diteruskan.”

– “Sudah sampai masanya…”

– “MPV terbaik mampu milik, sampai sekarang masih elok.”

Selain Proton Exora, Proton Wira juga antara kenderaan Proton yang paling lama pengeluarannya iaitu dari tahun 1993 hingga 2007.

Iklan

INFO MENARIK PROTON EXORA

Kredit foto: Proton Cars

1-Proton mengadakan peraduan menamakan model Proton MPV untuk mencari nama yang sesuai untuk model MPV ini, sebagaimana sebelum Proton Saga generasi pertama hendak dikeluarkan pada tahun 1985. Tarikh tutup peraduan 30 September 2008 dan keputusannya  diumumkan pada 17 Februari 2009.

2-Nama Proton Exora dipilih daripada pemenang hadiah utama Peraduan Namakan Proton MPV iaitu Norsholihan Bt Abdul Eanich.

3-Nama Exora diambil daripada nama saintifik bagi bunga siantan (Ixora spp).

4-Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah di Internet pada 23 Januari 2009, beberapa bulan lebih awal daripada tarikh pelancaran iaitu April 2009.

5-MPV tujuh tempat duduk pertama Proton ini digantikan oleh Proton X90 yang merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Iklan

Baca juga: Proton perkenal SUV hibrid pertama negara, X90 yang lebih jimat minyak dan mesra alam

Sumber: Muhammad Hafiz

Kredit foto: Proton Cars

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!