Perodua Alza, Ativa antara yang dipanggil semula tukar komponen, 10 info product recall perlu tahu

PEMILIK kenderaan Perodua Alza, Ativa antra 21 kenderaan lain terlibat dalam panggilan semula (product recall). Jika anda terlibat, perlu bertindak segera untuk menghubungi pengedar sah dan membuat temu janji bagi penukaran komponen.

Antara kenderaan yang terlibat dalam pemanggilan semula adalah seperti berikut:

1.Perodua Ativa (X, H, V), tahun keluaran 2022-2023 (1146 buah)

2.Perodua Alza (X, H, V), tahun keluaran 2022-2023 (562 buah)

3.Toyota Velo, tahun keluaran 2022-2023 (201 buah)

4.Audi Q5 (BR), tahun keluaran 2008-2017 (1,129 buah)

5.Audi A4 (BD), tahun keluaran 1996-2001 (304 buah)

6.Audi TT (8N), tahun keluaran 1998-2011 (21 buah)

7.Audi A5 (8T), tahun keluaran 2010-2012 (4 buah)

8.Audi A6 (4B), tahun keluaran 1996-2001 (144 buah)

9.Audi A8 (4D), tahun keluaran 1996-2001 (1 buah)

10.Audi A6 (4F), tahun keluaran 2005-2011 (371 buah)

11.Audi A4 (8E), tahun keluaran 2005-2008 (487 buah)

12.Audi TT (FV), tahun keluaran 2015-2017 (306 buah)

13.Mercedes Benz C-Class, CLC (203 Platform), tahun keluaran 2001-2011 (8 buah)

14.Mercedes Benz CLK (209 Platform), tahun keluaran 2001-2011 (2 buah)

15.Mercedes Benz CLS (219 Platform), tahun keluaran 2001-2011 (18 buah)

16.Mercedes Benz E-Class (211 Platform), tahun keluaran 2001-2011 (21 buah)

17.Mercedes Benz CL-Class Cuope (203 Platform), tahun keluaran 2001-2011 (2 buah)

18.Mercedes Benz GLE/ MI (166 Platform), tahun keluaran 2001-2019 (524 buah)

19.Mercedes Benz GLE Cuope (292 Platform), tahun keluaran 2001-2019 (305 buah)

20.Honda ADV750LM, tahun keluaran 2021-2022 (261 buah)

21.Suzuki Hayabusa GSX1300R, tahun keluaran 2021-2023 (15 buah)

 

Jika anda mendapati model kenderaan dan tahun keluarannya adalah seperti tertera, hubungi pengedar yang sah cepat untuk proses penggantian alat ganti secara percuma, jangan berlengah ya.

Baca juga: Bengkel tutup! Macam mana nak repair kereta?

Iklan

10 INFO PRODUCT RECALL, PENTING UNTUK KESELAMATAN

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Apa sebenarnya pemanggilan semula atau product recall secara ni? Berikut info anda perlu tahu:

1-Umumnya ia merupakan suatu aktiviti bagi memanggil semula sejumlah produk oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan atau kecacatan kepada produk tersebut yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

2-Terma product recall merujuk kepada aktiviti pemanggilan semula yang dilakukan oleh pihak pengeluar kenderaan apabila terdapat penemuan isu keselamatan atau kecacatan kepada komponen / sistem kenderaan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pemandu, penumpang mahupun kepada pengguna jalan raya yang lain.

3-Di Malaysia, aktiviti product recall yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan perlu di maklumkan secara bertulis kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pihak berkuasa berdasarkan kepada punca kuasa Seksyen 66 (1)(pp) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

4-Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merekodkan dan memantau perkembangan setiap aktiviti tersebut sehingga kesemua unit bagi model kenderaan yang terlibat dalam aktiviti product recall selesai diperbaiki.

5-Sebarang aktiviti product recall di pihak prinsipal pengeluar kenderaan yang berpusat di luar negara yang juga melibatkan model kenderaan yang berada di Malaysia juga perlu dimaklumkan kepada JPJ melalui wakil pengeluar / pengedar kenderaan tersebut yang berpusat di Malaysia.

6-Ia bagi memastikan model kenderaan tersebut melalui aktiviti yang sama (Product Recall) di dalam Negara.

7-Mekanisma pelaksanaan product recall memerlukan pihak pengeluar kenderaan untuk menghebahkan aktiviti tersebut melalui media massa seperti laman web, laman sosial, suratkhabar selain daripada menghubungi sendiri pemilik kenderaan yang terlibat melalui panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (sms), surat panggilan rasmi dan sebagainya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

8-Pemilik kenderaan terlibat yang telah mendapat notifikasi tersebut pula hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar kenderaan mereka ke pusat-pusat servis bertauliah yang telah dilantik bagi mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma.

Iklan

9-Tindakan untuk mengabaikan notifikasi tersebut akan meningkatkan risiko keselamatan kerana komponen kenderaan yang sepatutnya diganti itu berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik.

10-Ia juga mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada komponen lain pula dan seterusnya boleh meningkatkan risiko seperti kenderaan hilang kawalan, kemalangan dan sebagainya.

11-Kempen product recall ini masih lagi berterusan dengan pihak pengeluar kenderaan masih aktif menghubungi pemilik kenderaan yang terlibat bagi tujuan penukaran alat ganti kenderaan secara percuma.

12-Pemilik kenderaan seperti yang masih belum menghantar kenderaan mereka untuk proses penggantian alat ganti secara percuma hendaklah bertindak segera kerana kelalaian anda boleh menyebabkan risiko keselamatan ke atas diri dan juga orang yang tersayang.

13-Bagi memastikan aktiviti product recall yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan, pihak JPJ membantu menjayakan aktiviti ini melalui hebahan di laman sosial dan juga portal rasmi JPJ.

14-Hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum terutamanya kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat agar segera menghubungi wakil pengedar yang sah.

15-Inisiatif JPJ dalam aktiviti product recall ini seperti yang dilaksanakan oleh pihak Jepun dengan menghebahkan aktiviti tersebut melalui laman web rasmi dan juga media massa.

Baca juga: FDA ingatkan sebilangan kentang, lemon, limau dan jeruk mungkin ada pencemaran bakteria

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.