PASANGAN selebriti terkenal, Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Momen-momen indah ketika perkahwinan mereka turut dikongsikan aktres Zahirah Macwilson untuk tatapan peminat di samping ucapan sayang buat suaminya itu.

Baca ni ‘Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak.’ Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

zahirah

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pelakon drama Tiada Maaf Buatmu mengakui tetap memilih aktor itu sebagai suami walau apa jua keadaan sekalipun.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Selain ucapan tahniah rakan-rakan artis dan pengikut masing-masing, komen yang dimuat naik ayah kepada Zahirah mengundang tumpuan.

Baca lagi Ibu Zahirah McWilson sedih anak dihina, puji kecantikan dimiliki semula jadi. ‘Berhenti serang & buli wanita hamil’

zahirah

MALAM IJAB KABUL

Pelakon Zainol Macwilson itu mendedahkan kisah yang berlaku pada malam anaknya itu diijabkabulkan empat tahun yang lalu.

“Pada malam kakak dan Aiman ‘diijabkabulkan’, papa nyaris nak ‘cemarkan’ majlis disebabkan kehadiran beberapa ‘individu toksik’.

“Tapi Alhamdulillah dengan sifat kesabaran dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam tu, papa ‘gadaikan maruah’ dalam bahasa Inggeris ‘swallow my pride’ demi kebahagiaan anak dan menantuku,” tulisnya panjang lebar.

Baca juga Tahniah! Zahirah MacWilson hamil anak kedua, Aiman Hakim Ridza tak sabar tunggu 2024. ‘See you number 2’

Beliau dalam pada itu turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan rumah tangga anak menantunya itu.

Iklan

Untuk rekod, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Baca lagi (Video) Zahirah Macwilson kongsi tip gaya seluar jean untuk wanita hamil

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Isaac Raees. Kini pasangan sama cantik sama padan itu tengah menantikan kehadiran cahaya mata kedua yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Zahirahmacwilson

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!