ISU wajah pelakon Zahirah Macwilson dihina seperti amah oleh seorang aktres menjadi perhatian ramai.

Pasangan itu menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian ramai.

Tiada ribut, tiada hujan, tiba-tiba sahaja pelakon berkenaan melontarkan kata-kata terhadap Zahirah dan Aiman.

“Dia tidak langsung dalam satu liga dengan saya. Ayuh ulang semula apa yang diperkatakan semua orang.

“Sekali dah pernah guna, busuk dan rosak, hulurkan sahaja kepada mereka yang meminta (peminta sedekah),” titipnya.

Terdahulu, artis wanita itu berkenaan berkongsi melalui penstriman langsung menerusi laman sosial TikTok ketika membalas komen warga maya yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbandingnya.

Tidak hanya itu, artis wanita berkenaan dipercayai turut mendakwa bibir Zahirah tidak asli sebaliknya hasil pembedahan plastik.

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada ibu Zahirah, Maslinda Yusof.

Baca juga: Tahniah! Zahirah MacWilson hamil anak kedua, Aiman Hakim Ridza tak sabar tunggu 2024. ‘See you number 2’

Baca juga: Zahirah MacWilson selamat bersalin, lesung pipit anak tarik perhatian

“Your are beautiful inside and out. A loving and caring daughter, mother and wife. Love you lots kak @zahirahmacwilson.

“Semua ini ujian daripada ALLAH. Bersabarlah kak @zahirahmacwilson @aimanhakimridza,” titipnya di Instagram.

Seolah-olah cubit paha kiri, paha kanan pun terasa. Maslinda menzahirkan simpati dengan penghinaan dilemparkan kepada anak sulungnya dan menantu.

Kasihan dengan keadaan Zahirah yang sedang hamil, beliau berharap isu berkenaan tidak berlarutan.

Iklan

“Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak tengah mengandung sekarang. Don’t be sad ok. Mama and ayah always here for you! We all love you so much.

“Please stop attacking, abusing and bullying pregnant woman,” kongsi Maslinda.

Baca juga: Manusia tiada hak untuk menghina orang lain kerana kita semua adalah ciptaan ALLAH SWT, ini nasihat agamawan…

Baca juga: Kerap guna filter, tak yakin bentuk badan sendiri petanda masalah mental BDD

Maslinda turut berkongsi foto anak sulung ketika kecil dan mengatakan aktres itu mewarisi kecantikan daripadanya.

“She got it from her mama, my beautiful little baby girl.

“Isaac Raees got it from his mummy,” kongsinya.

Iklan

Maslinda memiliki empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, pelakon dan bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.

Anak pertamanya, Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia serta mempunyai darah campuran British-Melayu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!