Senggugut teruk setiap bulan, kenali punca, cara elak wanita boleh lakukan

Senggugut teruk setiap bulan, kenali punca, cara elak wanita boleh lakukan
Senggugut teruk setiap bulan, kenali punca, cara elak wanita boleh lakukan
A
A
A

KEDATANGAN haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut serta sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang yang disebut lower back pain.

Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari.

Namun, ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.

Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, rasa tidak selesa itu selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat seingga mengganggu aktiviti seharian.

Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim.

Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila dia mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Dr Zubaidi menasihatkan wanita-wanita yang alami sedemikian menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim.

Ia termasuk pemeriksaan ultrasound bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen.

Baca juga Kenali bahaya penyakit kucing yang mampu menjangkiti manusia

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya;

1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.

2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter dalam sehari.

4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.

6. Boleh juga mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca