TERAPI minda adalah salah satu cara berkesan yang boleh membantu mengawal dan mengatasi tekanan perasaan seseorang.

Berkebun atau menanam pokok juga merupakan salah satu terapi diri selain mengisi masa terluang di rumah atau pada hujung minggu.

Ada juga dalam kalangan kita yang menjadikan berkebun atau menanam pokok sebagai satu hobi sehinggakan ada sahaja idea kreatif untuk menghias tanaman di luar daripada kebiasaan malahan kadangkala kreatifnya tu sampai ada yang tidak terfikir oleh akal.

Buktinya, seperti perkongsian di laman Facebook page Nurseri Kota Lama yang berkongsi beberapa keping foto hiasan tanaman yang menggunakan konsep landskap anggota badan manusia seperti kaki dan tangan.

Pelik dan kelihatan menyeramkan bukan? Hiasan itu dilihat ditanam di tepi pokok sehingga kelihatan seperti anggota badan yang sebenar yang turut sekali tertanam.

Walaupun nampak menyeramkan, tetapi konsep landskap sebegini didakwa dapat mengelakkan kehadiran pencuri ke rumah.

Seram! Anggota badan jadi hiasan di laman rumah

Ya! Alasan yang logik dan munasabah juga. Mungkin korang juga boleh cuba tapi nak lagi real tumpahkan la sikit sirap baru lagi dramatik!

Bukan setakat pencuri jer, silap-silap tetamu atau kawan-kawan korang pun taubat nak datang rumah kalau dah malam-malam.

Iklan

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut merasa takut akan idea pelik tersebut yang digunakan sebagai konsep hiasan tanaman.

Seram! Anggota badan jadi hiasan di laman rumah

Namun mereka juga tidak menolak ianya sebagai sesuatu yang kreatif dan luar daripada kebiasaan.

Iklan

Tahniah siapa yang mencetus idea luar biasa itu. Memang betul luar kotak.

Jadi, buat korang yang masih tercari-cari konsep anggota badan mana untuk dibuat sebagai hiasan tanaman, SinarPlus nak cadangkan apa kata korang DIY organ dalaman pula. Kita tengok macam mana pergi dia. Amacam berani ke?