BARU-BARU ini orang ramai dikejutkan apabila kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin dengan dana permulaan RM10 juta bagi tujuan pampasan untuk individu yang mungkin mengalami kesan sampingan selepas imunisasi.

Memetik laporan akhbar tempatan, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius sehingga terpaksa dirawat di hospital boleh mendapat sehingga RM50,000.

Sementara itu, mereka yang mengalami kecacatan kekal atau kematian pula boleh mendapat RM500,000.

Ternyata pengumuman tersebut pastinya mampu menjentik kerisauan orang ramai. Lebih-lebih lagi selepas kecoh berita kematian front liner yang disalah erti berpunca daripada pengambilan vaksin tersebut.

Terpanggil untuk menjernihkan keadaan dan kekusutan orang ramai, Public Health Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka memaklumkan orang ramai tidak perlu risau atau membuat apa-apa andaian tanpa usul periksa.

“Masih ramai tidak mengetahui atau belum masih boleh menerima sebab kematian (bukan disebabkan vaksin) yang diisytiharkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri terlibat. Tidak apa. Take your time,” menurut kenyataan Public Health Malaysia di Facebook.

Menurut Public Health Malaysia, Skim Pampasan Kecederaan Vaksin atau nama sebenarnya Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin ini sebenarnya telah mula dicadangkan pada permulaan proses vaksin Covid-19 ingin dibawa masuk oleh kerajaan.

Tiga vaksin Covid-19 termasuk Sinovac dari China kini lulus pendaftaran secara bersyaratKetika itu, secara dasarnya ianya telah dipersetujui oleh kabinet. Cuma ianya baru dilancarkan hari ini kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan meluluskannya.

Simple sahaja sebabnya. Bukan sebab apa-apa episod terbaharu.

Betapa percayanya Kerajaan kepada badan Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara, KKM, di dalam membuat keputusan meluluskan vaksin Covid-19 yang dikatakan selamat dan berkesan.

Bukan sahaja diberikan percuma kepada semua rakyat Malaysia, malah dibela dan disokong dengan diberikan pampasan jika berlaku kecederaan teruk atau kematian akibat vaksin (walaupun kerajaan yakin ianya tetap selamat).

Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buatItulah kesungguhan kerajaan yang inginkan kita semua mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 ini.

“Kami menyokong tindakan kerajaan memperkenalkan pampasan kecederaan vaksin ini kerana ianya menyediakan satu kaedah atau jalan, jika anda terkena kemudharatan vaksin pada tahap yang dinyatakan (walaupun ianya sukar berlaku kepada anda), anda dan keluarga boleh menuntut pampasan daripada pihak kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Public Health Malaysia juga berkongsi tiga tahap penilai dan pemantau kesan kemudharatan vaksin yang akan dibuat oleh kerajaan yang juga ramai orang tidak tahu.

Iklan

Antaranya adalah seperti :

1) Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – Mereka yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin.

2) Jawatankuasa Teknikal Perubatan – Mereka akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin.

3) Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 – Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Iklan

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Nah, begitulah.

Usah ragu-ragu lagi. Pada yang dah mendaftar teruskan menunggu. InsyaAllah minggu depan ada pengumuman akan dibuat.

Pada yang belum mendaftar dan masih ingin menunggu dan lihat, tidak apa. Ambil masa kalian secukupnya. Moga masa akan menunjukkan kebenarannya.

Seramnya! Kenapa tiba-tiba Skim Pampasan muncul? Saya dengar terus takut nak daftar vaksin.

Kami faham kerisauan anda….

Posted by Public Health Malaysia on Monday, 22 March 2021