BULAN Ramadan bakal menjelang kira-kira dua minggu lagi. Kaum ibu pastinya sibuk menyenaraikan variasi menu bersahur untuk seisi keluarga.

Begitupun, menyediakan juadah lazat, seimbang dan kaya nutrisi setiap awal pagi adalah antara cabaran besar khususnya buat ibu yang bekerja.

glosari nasi goreng

Barangkali, solusi terbaik adalah dengan menggunakan perencah nasi goreng Seri Aji yang membolehkan ibu-ibu menyediakan nasi goreng pelbagai perisa.

Menu nasi goreng bukan sahaja hidangan mudah dimasak, bahkan seimbang bahan-bahannya seperti daging, ayam dan sayur-sayuran. Segala ramuan lengkap di dalam satu pek.

glosari nasi goreng

Selain bersahur bersama nasi goreng Seri Aji, pengguna juga berpeluang memenangi peraduan ‘Beli & Menang’ yang menawarkan hadiah keseluruhan
RM20,000. Ini termasuk tiga hadiah utama berupa baucar bernilai RM2,000 setiap satu.

Syarat wajib penyertaan ialah pengguna perlu membeli apa sahaja produk Seri Aji minimum RM5 dalam satu resit termasuk dua peket perencah
nasi goreng Seri Aji.

Peraduan bermula pada 15 Mac hingga 24 Mei depan. Keterangan lanjut, layari www.ajinomoto.com.my/sahurcontest.

Lakukan sendiri nyahkuman di rumah

Sementera itu, buat para ibu yang berusaha memerangi Covid-19 antara langkah yang wajar dilaksanakan adalah dengan mengelakkan kuman di rumah sendiri.

Proses pembersihan sahaja mungkin tidak mencukupi kerana virus berkenaan dikatakan kekal aktif selama berjam-jam di atas permukaan.

Iklan

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mencadangkan pembersihan permukaan yang kotor harus diikuti dengan proses pembasmian kuman menggunakan kaedah disinfeksi. Ia adalah langkah terbaik untuk mencegah Covid-19 dan virus lain.

glosari produk rumah

Sehubungan itu, bagi mereka yang melakukan disinfeksi di rumah sendiri, Germisep adalah antara solusi selamat dan terbaik. Ia berkesan untuk menghapuskan 99.99 peratus aktiviti mikrob.

Iklan

Pada masa sama, bahan itu mesra kepada kulit dan selamat baik untuk bayi, warga emas mahupun haiwan peliharaan.

Cara penggunaannya pun mudah iaitu dengan meletakkan 2.5 tablet Germisep ke dalam 10 liter air dan biarkan ia larut.

Kemudian, gunakannya untuk mengelap, merendam, menyembur dan membilas. Germisep boleh didapati dalam pelbagai saiz pek termasuk 0.5 gram (g), 30 biji tablet;
0.5g (500 biji tablet); 2.5g (30 biji tablet) dan 2.5g (100 biji tablet).

Untuk maklumat lanjut, layari www.germisep.com.