PRODUK keluaran IKEA sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri. Masakan tidak, empat gedung yang ada di Malaysia sentiasa menjadi tumpuan dan ramai walau pada musim Covid-19 ini.

Barangkali desain yang minimalis dan moden menjadi pilihan ramai malah barang yang berkualiti dijual pada harga berpatutan.

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, produk IKEA menjadi sebahagian inspirasi untuk reka bentuk dalam rumah.

lego ikea

Tidak kurang juga, item moden dan berkonsepkan jimat ruang menjadi faktor utama buat pembeli yang terus membeli setiap kali ada keluaran terbaharu.

Apa yang lebih mengujakan, keluaran terbaharu pada Mac ini bakal membuatkan para ibu tak sabar mahu memilikinya kerana set kotak Bygglek bakal menjadi kegemaran si cilik.

Koleksi set Bygglek adalah hasil kolaboratif IKEA dan Lego yang diperkenalkan untuk simpanan permainan bongkah mini tersebut.

lego ikea

Koleksi unik tersebut didatangkan dengan tiga kotak kecil dan dua set kotak yang lebih besar, lengkap dengan penutup yang mana dihiasi dengan rekaan bata lego.

Lapor dezeen.com, koleksi istimewa tersebut bakal menjadi item idaman para ibu kerana mampu menyelesaikan masalah permainan berselerak.

Sementara itu, pereka IKEA Sweden, Andreas Fredriksson berkata, desain yang mendorong kanak-kanak bermain dan menyimpan barangan sendiri itu dilihat sabagai satu situasi win win situation.

lego ikea

“Bukan sahaja boleh dijadikan kotak hiasan yang moden, ia juga boleh dijadikan tempat simpanan patung dan barang keperluan rumah.

Iklan

“Di IKEA, kami percaya kepada kuasa bermain kanak-kanak kerana imaginasi mereka menjana kreativiti luar biasa,” ujarnya.

Ujar Fredriksson lagi, Bygglek akan membantu menyelesaikan masalah barangan permainan bersepah yang sering dialami ibu-ibu, bahkan kotak simpanan ini membuatkan permainan itu lebih kreatif.

“Apatah lagi, koleksi Bygglek sangat sesuai untuk dipadankan dengan produk IKEA lain sekali gus menjadikan rekaan hiasan rumah lebih menarik.

lego ikea

Iklan

Apa yang best mengenai koleksi peti simpanan itu? Bukan sahaja direka khas untuk permainan lego, koleksi bukan sekadar kotak itu memberi manfaat kepada si ibu dan anak.

Jangan tidak percaya, pelancaran produk tersebut di IKEA Singapura baru-baru ini dilaporkan habis terjual dalam masa sehari.

Wah, memang licin sekelip mata! Bayangkan bagaimana pula penerimaan di Malaysia yang dijangka ada di pasaran menjelang Mac ini.

Pasti ramai peminat Lego tidak sabar untuk mendapatkan koleksi terbaharu IKEA tersebut, tetapi harganya SinarPlus belum pasti lagi.