KAWALAN penularan Covid-19 dalam kalangan komuniti menjadi misi utama untuk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Justeru, salah satunya caranya adalah mengehadkan tempoh membeli-belah selama dua jam sahaja di dalam satu premis.

Prosedur operasi standard (SOP) itu ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ekoran peningkatan kes jangkitan mendadak dan pertambahan jumlah kematian sejak kebelakangan ini kerajaan mengambil langkah memperketatkan pelaksanaan PKP3.0 seperti mana diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebagai langkah terbaik mengimbangi keperluan mengawal penularan Covid-19 dan kelangsungan ekonomi rakyat, KPDNHEP mengemaskini SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP seperti berikut:

1- Waktu operasi sektor perdagangan, pengedaran termasuk premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran dihadkan antara pukul 8 pagi hingga 8 malam kecuali farmasi dan penjagaan diri dikekalkan antara pukul 8 pagi hingga 10 malam (spa, wellness dan perkhidmatan salun kuku untuk manicure dan pedicure tersenarai di bawah aktiviti tidak dibenarkan).

2- Mewajibkan had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah pada satu masa mengikut keluasan premis dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.

 

 

3- Tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan maksimum dua jam sahaja.

4- Had kapasiti bagi pekerja bagi semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan kompleks beli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan dihadkan sebanyak 60 peratus.

5- Premis peruncitan termasuk pusat beli-belah tersenarai di bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang masih berisiko tinggi selepas penilaian dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu ditutup serta-merta selama tiga hari untuk tujuan sanitasi.

Baca juga KKM kongsi 152 lokasi titik panas berpotensi jadi kluster Covid-19. Nak pergi patuhi SOP sepenuhnya!

Bagi premis yang tidak mematuhi SOP PKP diperketatkan pihak KPDNHEP tidak teragak-agak mencadangkan MKN memerintahkan ia ditutup.

Iklan

Sehubungan itu, KPDNHEP berharap sekatan tambahan tersebut mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya pemain industri agar tujuan mengurangkan pergerakan orang ramai dapat dilaksanakan untuk tujuan penting sahaja.

Iklan

Bukan sekadar sekatan tambahan dan SOP, malah kawalan kendiri semua pihak juga membantu melandaikan lengkung kes Covid-19 dengan cepat dan meneruskan usaha pemulihan ekonomi.

Oleh itu, jom kenal pasti barangan yang ingin dibeli, senaraikan lebih awal dan rancang perjalanan agar proses membeli-belah korang tidak melangkaui tempoh dua jam ditetapkan.

Sumber: Twitter KPDNHEP