Si kecil tidak sihat? Ibu boleh cuba 8 makanan ini kuat paru-paru anak
SI kecil jatuh sakit akan membuatkan ibu berasa susah hati memikirkan cara merawat anak.
Dari masa ke masa, setiap kanak-kanak pasti akan pernah jatuh sakit seperti demam, batuk, selsema dan sebagainya.
Mereka sudah tentu akan mengalami kesukaran untuk berasa selesa dan dalam masa yang sama perlu menghadapi kesakitan.
Apabila anak tidak lagi ceria, kitalah ibu bapa yang gusar dan keliru memikirkan cara terbaik untuk merawat anak kecil.
Baca juga Marjerin sangat tidak sesuai untuk anak, ibu wajib ambil tahu
Menurut Dr Mazliana Mazlan, golongan kanak-kanak juga biasa sakit melibatkan kesihatan paru-paru seperti batuk berpanjangan, lambat nak sembuh dan banyak kahak.
"Ada antaranya sampai dah tak tahu apa nak buat, tiga empat kali jumpa doktor berulang makan antibiotik. Masih jugak belum sembuh.
"Makanan bukan ubat tau. Minggu ini makan, minggu depan terus baik. Bukan macam tu.
"Proses yang lama dan konsisten dari ibu ayah, insya-Allah pasti akan nampak hasil.
Paling kurang tiga bulan, untuk hasil yang baik," katanya.
Ujarnya, untuk anak kekal sihat, anak-anak perlu dijauhi dengan makanan proses.
"Selagi belum cukup tiga bulan kita cuba, jangan putus asa. Tak ada jalan singkat untuk berjaya kan.
"Yang paling penting sekali, makanan tinggi proses kena tinggal dulu.
"Apa saja makanan yang ada susu, gandum dan gula tambahan, ia kurang sesuai jika anak kerap tak sihat.
"Selalu bawa anak bermain dengan alam. Berjemur matahari juga. Kurangkan persekitaran toksik dari anak.
"Ibu ayah perlu jauh daripada stres dalaman asyik fikir kenapa anak kerap tak sihat. Doa selalu," ujarnya.
Baca juga Anak batuk tak henti, selesema, ini cara mudah doktor dedah patut ibu lakukan
Selain itu , ini senarai lapan jenis makanan, antara yang bantu kuatkan paru-paru anak;
1. Epal[BELI DI SINI]
2. Pear
3. Labu
4. Bawang putih
5. Kunyit [BELI DI SINI]
6. Brokoli
7. Beet root [BELI DI SINI]
8. Sayuran hijau
Pesan Dr Mazliana, ibu ayah cuba jadikan lapan jenis makanan tersebut antara makanan yang anak perlu ambil setiap minggu.
"Bawang putih, brokoli masuk dalam nasi goreng. Labu dan kunyit dalam masak lemak pun sedap. Sayur hijau tumis air dah cukup. Beet root boleh blend dengan buah, bagi anak makan sekali dengam serat. Epal dan pear makan begitu saja.
"Usaha, ikhtiar itu tugas kita kan. Moga ALLAH beri kesembuhan segera dan berpanjangan buat anak-anak kita," doanya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mazliana Mazlan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang