DEMAM bukan penyakit, tetapi ia gejala masalah kesihatan. Individu mengalami demam sekiranya suhu badan meningkat di atas purata normal.

Peningkatan suhu badan ini adalah pertahanan terhadap jangkitan yang menyerang badan.

Pada orang dewasa, dikatakan mengalami demam jika terdapat peningkatan suhu di atas 38 darjah (diukur melalui mulut), atau di atas 38.3 darjah (diukur melalui dubur atau telinga).

Manakala pada kanak-kanak dan bayi, jika suhu mencapai >38 darjah pada pengukuran melalui dubur.

Akhir-akhir ini, selain Covid-19, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), didapati semakin banyak jangkitan demam influenza yang bukan hanya pada orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Terbaharu pula, doktor di India melahirkan kebimbangan mengenai penemuan virus baharu yang digelar ‘demam tomato’ yang menjangkiti puluhan kanak-kanak di negara itu.

Menurut laporan media tempatan, berikut info mengenai demam tomato;

1. Jangkitan itu dikesan sejak Mei lalu, di selatan Kerala dan dikhuatiri sebagai varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut.

2. Sehingga kini, seramai 82 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dikesan mempunyai demam tomato dan 26 mangsa lain berusia sehingga 10 tahun berisiko dijangkiti.

3. Semua kanak-kanak terbabit yang disahkan menghidap demam tomato pada mulanya negatif bagi demam denggi, chikungunya, virus zika, virus varicella-zoster dan herpes.

4. Jangkitan itu mendapat nama terbabit kerana berpunca dari demam menyebabkan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan pesakit dan kemudian menggelembung menjadi sebesar saiz tomato secara beransur-ansur.

5. Difahamkan, kebanyakan pesakit juga mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, keletihan serta cirit-birit.

6. Demam tersebut sangat mudah berjangkit dan boleh merebak kepada penduduk dewasa jika wabak semasa tidak dikawal. Wabak itu muncul ketika dunia sedang bergelut dengan cacar monyet.

Baca juga Menakutkan! Mata malas atau ambliopia boleh sebabkan seseorang buta dan juling jika tidak dirawat langsung

hfmd

7. Kata pakar perubatan dalam jurnal perubatan The Lancet Respiratory Medicine, kanak-kanak lebih berisiko terdedah kepada demam tomato kerana jangkitan virus adalah perkara biasa dalam kumpulan umur itu serta penyebarannya melalui hubungan rapat.

Iklan

8. Ujarnya juga, kanak-kanak juga terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin, menyentuh permukaan tidak bersih serta memasukkan sebarang benda terus ke dalam mulut,”

9. Buat masa sekarang tiada ujian atau rawatan khusus menangani virus terbabit dan pakar perubatan berkata, semua pesakit perlu diasingkan selama lima hingga tujuh hari dari permulaan simptom, diarahkan berehat, minum banyak cecair serta mengambil paracetamol.

10. Virus itu pertama kali dikesan di Kollam, timur Kerala 6 Mei lalu, dan kes terakhir dilaporkan pada 26 Julai.

11. Jangkitan juga direkodkan di tiga kawasan lain di Kerala iaitu Anchal, Aryankavu, dan Neduvathur.

12. Selain itu, 26 lagi jangkitan dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur satu tahun hingga sembilan tahun di negeri Odisha, timur laut India.

Iklan

13. Jabatan Kesihatan Kerala sedang memantau penularan dan meletakkan negeri jirannya, Tamil Nadu dan Karnataka dalam keadaan berjaga-jaga.

14. Bagaimanapun, pakar perubatan berkenaan dari Kolej Farmasi L M di Gujarat, India dan Universiti Victoria di Melbourne, Australia, berkata, virus demam tomato tidak mengancam nyawa.

Moga demam tomato ini tidak menular ke negara kita. Terus mengamalkan penjagaan kebersihan diri sentiasa ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.